Posts

Showing posts from 2017

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 19

Sekarang, bila Suci ada sebelah aku, aku jadi speechless. Tak tau nak cakap apa. Aku takut kalau aku buka mulut, dia akan marah dan terus membenci aku sampai bila-bila.  " kita makan dulu? " aku menyapa. Tapi dia masih lagi diam. Tangan masih lagi membelek-belek handphone. " Suci... kita makan eh? Tadi pun kau tak sarapan lagi kn? Karang masuk angin kang..? " Krik..krik. . masih lagi diam. Aku tak peduli. Setibanya di RnR, aku memakir kereta. Aku matikan enjin, keluar... dan terus buka pintu Suci. Tanpa sepatah kata, dia turun dan mengikuti aku. Kami duduk di salah satu bangku sebelah hujung cermin. " so... nak makan aper ni ? " Krik..krik.. " Suci.. tolong la.. jangan la wat aku macam ni... " " apa2 je la " matanya masih memandang keluar. " ok.. aku ambik, kau jangan tak makan eh.. kang sakit.. risau lak aku.. " Dia menjeling. Tak de langsung senyuman kat bibir dia. Pening ak

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 18

" Eh. Cik. Lagi satu.... Si Sofea, sihat ? Macam tu lagi ker dia tu ? Hehehe "  " Ish kamu ni. Mula ler tu. Dia ok jer "  " Pergghhh.. Tu lagi satu Cik. Cik tak nak try ker ? "  " Weii. Bini orang tu !! "  " Alaa.. kita pun laki orang aper... Bini orang.. Laki orang.. OK ler tu " " Jangan cari hal ! Kang lebam biji mata tu ! " " Woho ! Si Sofea pun Cik nak masuk jarum jugak eh? hahaha "  " Giler ! " Tu belum aku cerita kat mamat ni yang Sofea pernah goda aku malam tu. Kalau aku cerita ni, memang gasak aku jadi bahan lagi.  Tapi, macammana teruk dia kutuk pun, Muaz ni memang orang yang aku percaya sangat. Best friend.. Buddy.. BFF bagi lelaki, memang macam tu. Kutuk dulu baru tolong. Kalau member yang main puji-puji jer, memang tak boleh percaya.  ******************** Malam tu ....  ~ Assalamualakum Cik Anisaa ~ ~ Waalaikumsalam. Awak. Jangan pangg

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 17

Jam hampir 5 petang. Kawan-kawan ofis masing-masing dah start mengemas untuk balik.  Banyak lagi kerja yang aku nak kena siapkan. Aku sempat menjeguk ke arah Suci. Dia masih lagi di situ. Mungkin dah mengemas agaknya. Tangan dia masih lagi membelek-belek handphone dari tadi. Aku perhatikan aje riak wajah dia. Ada sedikit kerisauan di situ.  Tiba2 matanya memandang ke arah aku. Dia perasan agaknya aku tengok dia. Dia mengukir senyuman. Aku beri signal tanda 'ok?' pada dia. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Aduh. Senyuman ni lah yang buat aku cair kat dia selama ni.  Senyuman saling tak tumpah seiras Misya .-bekas tunang aku yang dah bertahun tinggalkan aku. Bertahun couple, tunang hanya sebulan. Alasan tiada persamaan. Alasan bodoh yang keluar dari mulut dia ketika itu. Masa tu, dah macam2 usaha aku buat untuk kekalkan kami. Tapi semua gagal. Dia tak de orang lain. Aku pun memang setia dan sayang giler pada dia masa tu. Tah angin apa yang buat

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 16

< Di ofis > " Anje....." Aduyai dia ni. Sindir aku lagi ler tu... " Anje dah sarapan ? " Owh... nak main2 eh? Jaga kau. " Ye sayang. Dah. Anje dah sarap dah tadi... sayang makan aper td? " " Tadi kn... Sayang makan lontong, dengan teh o ais.. eh. Anje kan tau sayang suka aper.. "  Amboi dier ni...! Tak nak mengalah eh? Aku nak tengok sejauh mana kau boleh 'pegi'.  " Eii... pagi2 minum ais? Tak mo.. tak mo.. tak mo.. kang sayang sakit perut...? Cam ner? anje jugak susah... " " Ala.. anje kan ada. Kalau sayang sakit... anje kan boleh bagi ubat kat sayang... hihihi " EHEMM!!   Alamak! Potong betul la Si Taufik ni. Kacau jer orang nak bermesra. " Err.. saudara-saudari  berdua... kalau nak bercouple.. nak manja2 macam ni.. sila bukan waktu pejabat yer? Ramai kat sini yang nak termuntah tengok... "  " eleh. Jeles ler tu " - suci " haah

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 15

" Akiiimmm ! " " Amboi ! Sukanya dia...  apa hal gedik semacam ni "  " Eh .Aku saja je panggil kau. Tak boley ker ? " " Boley, Cik suci... tak kan tak boley " Gembira sakan si Suci ni. Tak pernah pulak dia happy macam ni. Ish. Apahal pulak Minah ni diri je sebelah aku? Nak jadi bodyguard aku ke apa? Tengok tu. Dia usik-usik nya bekas alat tulis aku. Risau pulak aku tengok. " Wei. Jangan le kacau benda tu. Kang berterabur kang. Gi la buat keje ! "  Aku bukan apa, memang tak selesa dia diri sebelah aku. Jantung aku ni. Siapa nak handle ? Berdegup bukan main. Tangan pun dah tak betul nak menaip. " Akim... dengar arr aku citer..? " " ye.. dengar ni " " kau tau... dia dah ON dah.. " " Hah ?? Aper yang ON ? " " ON ler.. wat-wat tak paham je dia ni...  hehehe "  " Adui ! Nak cakap, cakap ler.. yang kau cubit aku naper ? " " Geraaaamm neng

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 14

Baru je nak lelap..... TITEET ! TITEET ! ~ Assalamualaikum ~  Eh ! Awek aku message ler ! Yeaayy....! ~ Awak .. awak gi mana ? naper x balas msg saya ? saya risau sgt tau ~ ~ hihihi....  sori awak... sori sesangat.. ~ ~ awak ada masalah apa2 ker ? naper x citer pada saya ? ~ ~ byk nyer tanye. dah macam detektif pulak. hihihi ~ ~ saya risau tau x ! awak ok ke ? ~  ~ kelakar la awak ni ~ ~ tengok tu. kita risau kat dier. dier boley main2 lak. ~ ~ hp saya rosak la wak. sori ~  Perghh ..! Baru aku tau kenapa dia x balas message aku. hehehe.. Suci..suci... buat aku risau je. ~ awak ni kn.. lain kali pinjam le hp housemate tu.. msg bg tau ~ ~ mana boley. kang awak tackle dia pulak ~ ~ dlm muzium hati saya ni cuma ada gambar awak je tau ~ ~ ye le tu ~ ~ ye.. x caya? cer tanya ADI ~ ~  ADI ?  Adi maner ?? ~ ~ Kadi. Tok Kadi..  hahahahah ~ ~ boley je. jumpa mak ayah saya dulu ~ GLUUP !! ~ Serious ni ? ~ ~ be

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 13

" Dah Zariff. Jom balik. Esok abah keje ni. " " Jom, bah !  Esok mama tak keje. Mama cakap dia cuti " " eh? mama tak bagitau pun " " tak tau. tapi Zariff dengar mama cakap SEPERAIS ... SEPERAIS tu aper bah? " " owhh..  Surprise... Surprise tu macam kejutan ler. Buat satu benda bagi orang lain terkejut.. lepas tu orang tu suka " " Ooooo ... macam April Fool tu eh ?  " " Eh! bukaaann. April Fool tu orang putih jer sambut. Tapi lebih kurang le tu.. " Zariff tergaru-garu kepala tanda tak paham. " Tak per.. kalau esok mama wat surprise tu, nanti Zariff paham. Dah, jom balik" Agak-agak surprise apa yang Firah nak buat ? Esok bukan Birthday aku. Birthday Zariff hujung tahun nanti.. Errmmm... Anniversary? Tak lah. Bulan lepas dah sambut kot? Dah lah. Malas nak pikir. Banyak sangat benda nak kena pikir sekarang ni. Berserabut kepala wei ! ********************** Malam semalam, hingga s

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 12

TITEET ! TITEET ! ~ Assalamualaikum ~    - Suci ~ Waalaikumsalam. Kat mana ni ? ~ ~ Kat rumah. Awak ? ~ ~ Kat luar. tengah makan. jemput ~ ~ Untung la. Awak. Tadi pagi awak ckp ari ni ada lawan futsal kn? Mcm maner? Menang? ~  ~ Kalah ~ ~ x main betul2. memang la kalah. hihi ~  ~ Mana x nyer.. asyik ingat awak je ~  Jahat ke aku kalau bagi message macam tu ? Aku dah fikir masak-masak. Aku kesian sangat dengan Suci. Aku nak dia happy. Walaupun buat sementara waktu. Banyak sangat masalah dia tu. Di kampung dia pun ada masalah dengan keluarga dia. Kadang-kadang kat ofis dia banyak termenung sebelum ni. Mungkin juga ada kaitan dengan Ex dia. Aku tak pernah nak campur urusan peribadi dia. Tapi yang aku perhatikan, dia nampak berbeza dan lebih happy sejak berkawan dengan Mika.  Mungkin jika aku ceritakan pada sesiapa, pastinya mereka akan marah pada aku. Pasti mereka suruh aku terus jangan ganggu Suci. Aku dah cuba ! Bukan tak pernah cuba.Sebenarnya aku bole

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 11

Malam tu, sekali lagi aku tak boleh nak tidur. Jantung bergegup betul2 laju. Tolong lah. Tak mungkin aku pun dah 'jatuh' kat minah tu? Aku main-main lah... Tapi.. Mungkin ke? Pasal aku rasa sekarang ni, memang betul lah... aku dah mula ambil berat pada dia, pada keluarga dia, makan-minum dia, aku risau kalau dia pergi-balik kerja naik bas, aku tak senang duduk kalau dia demam, aku cemburu bila ada rakan ofis lelaki yang lain bergurau mesra dengan dia....  macam ni ke namanya tangkap cintan dengan dia ? Tak ! tak boleh ! yang Suci suka tu - MIKA.. bukan AKIM. Kau dah terlalu banyak salah faham, Kim. Dah terpesong jauh sangat dah ni. Aku kena berhentikan semua ni.. Dia kawan kau kot? ************************ TITEET ! TITEET ! ~ En Mika. Bgn. Bgn. Solat ~ ~ Ye.Ye. Dah bgn dah. Awalnya ari ni. Baru 5.30 kot? ~ ~ Bangun awal. mandi. Sunat tau ~  ~ Sejuklah ~ ~ at least tak lah busuk ~ ~ eh! dia yang busuk. dah. saya nk bgn. jom jemaah ~ ~ x

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 10

Diam tak diam dah nak masuk 2 bulan dah aku ber- sms dengan si suci. Hampir 2 bulan jugalah MIKA tak berani nak call Suci. Banyak kali juga Suci desak nak cuba call MIKA.. tapi MIKA berkeras tak mahu jawab call . Nak berbual live ikut phone ??  Giler ! Dah tentu-tentu Suci kenal sangat suara aku. Kantoi kang. Banyak jugak perkara yang aku tahu pasal dia. perkara yang tak pernah dia bercerita pada aku kat ofis. "Aku-AKIM" yang sebenar. Yang aku nampak dia lebih selesa menceritakan segalanya pada MIKA. Dia terlalu percayakan MIKA. Dengan aku di ofis, Suci tak banyak cerita pasal MIKA. Bila ditanya, sengih je memanjang. HUH ?! Ini boleh mendatangkan jeles nih! Ada satu kali tu, time rehat. Aku guna YM (Yahoo Massenger) untuk nyakat Suci. + Ko senyum je eh, 2-3 menjak ni +  + Waalaikumsalam... aku jawab dulu.. ko x bagi salam pun eh +   Alamak sindir aku balik ni.. huhuhu   + Assalamualaikum + + nk ape ni ? aku nk lelap jap pun x senang + + Ko ni Suci..