Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 4
Keesokan pagi.
“Bah ! Mama keluar sekejap ye ?”
“ Eh ! Baru pukul berapa ni ? Baru 8
lebih... Awak nak ke mana?”
“ Siti ajak teman. Pegi Nilai 3. Kan
hujung tahun ni majlis kahwin dia.”
“ errmm..”
“Abah nak ikut ker? Tapi semua
perempuan tau.“
“ Hari ahad macam ni kan bagus duduk
rumah.”
“ Ala. Sekejap jer. “
“ Pergi je lah, Puan FIRAH.
Zariff ikut skali? “
“ sekejap lagi SOFEA ambil dia.
Berjalan lagi ler tu”
Macam ni lah selalu nya. Selalu kena
tinggal. Kalau aku yang ajak, susah betul nak pegi.
Zariff tu tak tahu aper. Dia ikut jer.
Mama dier tu. Rajin sangat merayap dengan kawan2.
Nak larang pun serba salah.
********************
********************
Jam di dinding baru pukul 10 pagi. Aku sudah mula rasa bosan. Aku masuk bilik, on PC...
“MOVE ! MOVE ! MOVE !” DOTA lah, apa lagi ? Benda ni lah
yang banyak membantu aku bila rasa bosan seorang diri di rumah. 2-3
jam pun tidak bosan melayan.
Dari zaman bujang, hinggalah dahada anak satu. Inilah yang selalu aku buat bila di rumah. Zariff ikut jejak langkah aku agaknya. PS2 mesti on, bila dia duduk sebelah. Kat mana tak tumpah nya kuah, kalau tak ke lantai, ye tak ?
********************
“BHAI ! Nasi lemak ayam .. teh ais kurang manis”
“Wokey! Sorang lagi ka boss?
“yeeee ! Cepat sikit BHAI..”
“ ROGER” - aik?? Mamak ni macam
sindir aku jer. Ber-roger2 bagai.. macam dalam DOTA tu.
Entah berapa kali tah, bila hari ahad,
aku makan tengahari kat kedai mamak ni.
Kalau hari biasa, FIRAH memang ada
masak. Cuma Sabtu- Ahad, rajin dia keluar dengan kawan2.
Ada saja projek yang mereka buat. Tapi
tak apa lah. Asalkan tak minta duit aku, sudah.
Eh ! SMS minah tu nak? hehehe
~ Allah menciptakan manusia
berpasangan, ada lelaki, ada wanita.
Ada yang comel dan ada yang Hodoh.
Yang comel tulis cerita lawak,
yang hodoh baca lawak.
Kita harus tabah menerimanya.~
1 minit..
5 minit.
10 minit.
Errmmm.. tak ada balasan. Tak pe lah.
Marah lah tu. Gerak balik rumah lagi baik.
Setibanya aku di rumah. Aku
melabuhkan punggung di sofa panjang. Remote Tv aku pegang. Klik-klik-klik... ermm.. Tak ada cerita menarik lah. Aduh ! Bosan giler !
Arghh.. Lelap sekejap lah..
Arghh.. Lelap sekejap lah..
TITEET ! TITEET !
Sms?
~ MENJADI COMEL tu - bagus, tapi...PERASAN COMEL tu – gila ~
~ dan... yang penting... yang baca
lawak awak skrg ni, bukan HODOH .. hahaha ~
~ satu lagi.. mana tau kat sini COMEL ? Hihihi ~
Pergh. Ada respon lah minah ni. Boleh
tahan juga si SUCI ni melayan SMS orang yang dia tak kenal. Kalau lah
dia tahu aku yang tulis. Mahu setahun dia tak tegur aku.
~ Tak keje ke? ~
~ kalau time keje, x boleh nak ber
msg cik abang oi ~
~ mana tau. Mengular. ~
Time ni, dia diam lagi. Errmm..
biarlah. Slow2 kayuh. Aku nk tengok sejauh mana dia punya gedik
melayan sms2 macam ni. Tahu lah nasib dia bila satu hari aku jadikan
dia BAHAN nanti. Hehehe.
********************
Assolaatu-khairun-minan-naum !
Assolaatu-khairun-minan-naum !
"Bangun! Bangun ! Ma ? Zariff ? Solat
meh !"
“Mama cuti... Tak boleh solat... jgn kacau... mengantuk
niiiihh.... ”
“ermm … pukul berapa lah balik
smalam ??”
“syyyyyy...... “
Selimut makin ditarik. Ish, wife aku ni... kalau pasal tidur... ermm....
“Zariff? Nk ikut abah solat? “
“Penatlah Bah.. semalam Auntie Sofea
ajak pegi Kota, mandi-mandi...Zariff cuti jugak ye, Bah?”
Banyaklah kamu punya cuti. Siapa yang ajar ni? Anak siapalah ni??
********************
Selesai solat, jam menunjukkan pukul
6.30 pagi... eh! Sekejap!
Kalau dua orang ni tak nak bangun....
apa kata kalau.... hehehe.
~ Bangun ! Bangun ! Subuh ! ~
~ baru nak solat?? Dah pukul brapa
dah ni ? ~
~ ingat belum bangun ~
~ dah 'subuh gajah' dah encik abang
oi~
~ subuh gajah?? ~
~ ye lah. Subuh last2 minit, subuh
gajah la ~
~ owwwhhh ~
~ tq~
~ apa yang tq? ~
~ tq pasal bg tau walaupun lewat ~
~ wc ~
------------------------------------------------- bersambung
Comments