Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 14


Baru je nak lelap.....


TITEET ! TITEET !


~ Assalamualaikum ~ 

Eh ! Awek aku message ler ! Yeaayy....!


~ Awak .. awak gi mana ? naper x balas msg saya ? saya risau sgt tau ~

~ hihihi....  sori awak... sori sesangat.. ~

~ awak ada masalah apa2 ker ? naper x citer pada saya ? ~

~ byk nyer tanye. dah macam detektif pulak. hihihi ~

~ saya risau tau x ! awak ok ke ? ~ 

~ kelakar la awak ni ~

~ tengok tu. kita risau kat dier. dier boley main2 lak. ~

~ hp saya rosak la wak. sori ~ 


Perghh ..! Baru aku tau kenapa dia x balas message aku. hehehe.. Suci..suci...
buat aku risau je.


~ awak ni kn.. lain kali pinjam le hp housemate tu.. msg bg tau ~

~ mana boley. kang awak tackle dia pulak ~

~ dlm muzium hati saya ni cuma ada gambar awak je tau ~

~ ye le tu ~

~ ye.. x caya? cer tanya ADI ~

~  ADI ?  Adi maner ?? ~

~ Kadi. Tok Kadi..  hahahahah ~
~ boley je. jumpa mak ayah saya dulu ~

GLUUP !!

~ Serious ni ? ~

~ betul la ~

~ esok saya dtg. hahahaha ~

~ mengada ~

~ eh? marah ? ~

~ penakut ~

~ hahahaha ~



Aku rasa waktu tu, bagai lepas kena loteri RM 1 Juta. Rasa macam nak melompat pun ada.Gila. Perempuan yang jadi rebutan kat ofis tu, tiba-tiba menyerah diri pada aku.

TAPI.... tiba-tiba aku baru tersedar. Siapa diri aku ni. DESYUM! Aku rasa seperti satu pukulan maut hinggap kat muka. Aku Akim beb. bukan Mika !  Ya Allah ! Apa aku nak buat ni? Suci dah betul-betul sukakan Mika.


~ Awak. boleh saya tanya sikit ? ~ 

Suci sambung. Eh ? Serious je nampaknya.

~ Ermm? Boley ~ 

~ Tp, janji awak jgn marah ye? ~

~ Insya Allah tak marah ~

~ Apa awak rasa, bila saya x balas msg ? Rasa tertipu ker? hihi ~ 


 Uh ? Dia dah start tanya ke ni ??  Ni kena straight to the point ni. Lambat sangat nak selindung-selindung.



~ x lah. Rasa 'R' kat awak ~

~ R ???? ~

~ Rindu kat awak ~

~ ye la tu ~

~ Betul. Rindu... pasal rasa 'S' dah lama ada ~

~ 'S' tu Sayang ker ? hihi ~

~ yup. tapi x tau lah yg kat sana tu... ~


Dia diam lagi. dah 10 minit dah ni. Tak suka ke aku cakap macam tu ?


~ Tengok tu ! Hp rosak lagi ker ? ~
~ X arr.. ada ni. cuma terpikir sesuatu ~

~ Sori kalau buat awak x selesa ~

~ Saya ok, wak.. tapi saya ada benda nk ckp ~

~ ok. apa dia ? ~

Eh. lama nya dia nak taip. Banyak sangat kot? 5 minit dah. hehehe


~  Tadi pagi, sebelum saya msg awak. Ex saya ada call. 
Mulanya saya x nak angkat. Tapi pikirkan mungkin ada hal penting, saya angkat. 
Awak jgn marah saya ye? 
dia ckp dia nk balik semula. 
Dia ckp dia menyesal apa yang dia dah wat sebelum ni. 
Dia nak saya dan Wawa balik ~


Hah?? Tersentak sekejap apa yang aku baca ni. Perasaan aku bercampur-baur sekarang ni. Marah pasal tiba-tiba saja Ex dia tu ajak balik. Selepas Mika luahkan apa yang dia rasa.. .. Tapi jauh kat sudut hati aku, aku bersyukur sangat-sangat kerana Suci akan kembali happy macam dulu. Semestinya Ex dia akan jaga dan sayang dia sepenuh hati. Tapi mungkin juga, risiko Ex dia tu nak kembali memilih jalan seperti sebelum ni, memang tak boleh nak elak. Pasal dia dah pernah buat, kan? Kesian Suci. Aku sambung menaip...



~ So ? awak mcm maner ? ~  
 ~ pandangan awak ? ~

Aduh ! Tanya aku la pulak. Kalau ikutkan hati ni. Mestilah tak payah ! Poyo betul lah Mamat tu !



~ Terpulang pada awak ~
~ Entahlah, Wak. Saya betul-betul buntu dah ni ~

~ Awak masih sayang kn dier ? ~

~ secara jujur. Tak. ~

~ So? dah ada jawapan kn? ~

~ Awak. Bila awak ckp 'perkataan tu' pada saya. Yg awak tulis td tu, wat saya terpikir ~


Alamak. Aku tak pasti yang aku dah betul-betul sedia nk baca semua ni.



~ 'S' dan 'R' tu ker ? ~ aku tanya.
~ Haah. Saya yakin yang rasa saya ni ada pada awak, bukan pada Ex saya. ~

~ Awak. kalau saya salah, maaf kan saya ~

~ awak x salah apa2 pun. Saya ada hak nk wat pilihan ~

~ pilihan? ~

~ saya pilih awak ~

BOOM !! sekali lagi aku rasa macam nak pengsan. Macam mana aku nk teruskan semua ni??  Aku tahu aku salah besar pada Suci. Aku dah rasa menyesal sangat-sangat pasal permainkan perasaan dia. Aku sedar, memang selepas beberapa bulan aku berhubung melalui SMS dengan dia, aku memang mula jatuh cinta dengan dia. Tapi aku juga sedar yang dia betul-betul cinta adalah MIKA, bukan AKIM.


***************************






Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???