Posts

Showing posts from August 5, 2008

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...

TAHUN HIJRAH Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan... Untuk mengetahui Bulan Hijrah mana kita dilahirkan, sila rujuk : http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp MUHARRAM Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat. SAFAR Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil. RABIULAWAL Perwatakannya baik. Mungkin dia akan menda

Pengajaran pada yg dah kahwin & bakal berkahwin...

Untuk dijadikan ikhtibar kepada semua. Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga (anak). Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburumenyelinap juga di hatiku. Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami.Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email. Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan