Posts

Showing posts from March 30, 2017

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 7

Apahal tak boleh tidur pulak ni?? Pandang jam kat handphone, dah pukul 2.30. Kenapa ek? Pasal si Suci tu ker buat mata ni tak boleh tidur ? Takkan lah kot ? Aku turun dari katil, melangkah longlai ke dapur. Buka peti sejuk, aku menyelongkar kalau ada apa-apa yang boleh dimakan. errmm.. timun, bawang, lada merah, adalah... takkan aku nak bedal semua ni...? Aku capai segelas air putih sejuk... Aduyai... Matilah mak... semakin segar pulak mata ni. Aarh ! tengok tv lagi bagus. ********************* TITEET TITEET Sayup jer bunyi SMS tu dari bilik. Siapa pulak yg msg tengah malam macam ni? Itu mesti CELCOM. Dioarang suka hantar message iklan tengah-tengah malam. Sebagai syarikat yang besar, privasi pelanggan perlu juga diberi keutamaan. Tahulah Auto sms.. tapi kitakan boleh setkan benda tu. Apa daa.. TV ni pun satu! Tak de citer menarik pulak...Sudahlah aku tak boleh tidur. Lapar lagi. 30 minit berlalu. Mata masih tak mengantuk. Apa ni?? Tak boleh jadi macam ni. K