Posts

Showing posts from November 28, 2008

Dr.Fadhilah Kamsah menulis....

Assalammualaikum. ...... Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ...either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya

Soalan Math .... (susah betul...)

Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab... SITUASI: Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya. SOALAN: Bapanya sekarang berada di mana ? Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa kamu punya kemampuan untuk berpikir secara wajar... Tetapi....... . Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat kamu tidak mahu menghitung.. Cuba lihat jawapan di bawah... Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A) M = A + 21 6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak M + 6 = (A + 6) x 5 dimana M = A + 21 A + 21 + 6 = (A + 6) x 5 A + 27 = 5A + 30 27 - 30 = 5A - A -3 = 4A A = -3/4 Bererti umur anaknya sekarang * 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan. Bererti anaknya sekarang belum lahir (akan lahir kira-kira 9 bulan kemudian) Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ...atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut posisi kesukaan) . Si ana

Kenapa pelajar Melayu kena rasuk??

Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya dan siapa yang salah...? Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india . Di mana salah nya........??? Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. Kes histeria di Sekolah Menengah *** (nama sekolah dirahsiakan atas sebab2 keselamatan...) Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah

Teladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh

Sepasang suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk berpisah, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Lalu mereka pun menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan berhubung soal pembahagian harta sepencarian di antara mereka. Perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua asset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Namun hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu. Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang