Posts

Showing posts from May 2, 2017

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 18

" Eh. Cik. Lagi satu.... Si Sofea, sihat ? Macam tu lagi ker dia tu ? Hehehe "  " Ish kamu ni. Mula ler tu. Dia ok jer "  " Pergghhh.. Tu lagi satu Cik. Cik tak nak try ker ? "  " Weii. Bini orang tu !! "  " Alaa.. kita pun laki orang aper... Bini orang.. Laki orang.. OK ler tu " " Jangan cari hal ! Kang lebam biji mata tu ! " " Woho ! Si Sofea pun Cik nak masuk jarum jugak eh? hahaha "  " Giler ! " Tu belum aku cerita kat mamat ni yang Sofea pernah goda aku malam tu. Kalau aku cerita ni, memang gasak aku jadi bahan lagi.  Tapi, macammana teruk dia kutuk pun, Muaz ni memang orang yang aku percaya sangat. Best friend.. Buddy.. BFF bagi lelaki, memang macam tu. Kutuk dulu baru tolong. Kalau member yang main puji-puji jer, memang tak boleh percaya.  ******************** Malam tu ....  ~ Assalamualakum Cik Anisaa ~ ~ Waalaikumsalam. Awak. Jangan pangg

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 17

Jam hampir 5 petang. Kawan-kawan ofis masing-masing dah start mengemas untuk balik.  Banyak lagi kerja yang aku nak kena siapkan. Aku sempat menjeguk ke arah Suci. Dia masih lagi di situ. Mungkin dah mengemas agaknya. Tangan dia masih lagi membelek-belek handphone dari tadi. Aku perhatikan aje riak wajah dia. Ada sedikit kerisauan di situ.  Tiba2 matanya memandang ke arah aku. Dia perasan agaknya aku tengok dia. Dia mengukir senyuman. Aku beri signal tanda 'ok?' pada dia. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Aduh. Senyuman ni lah yang buat aku cair kat dia selama ni.  Senyuman saling tak tumpah seiras Misya .-bekas tunang aku yang dah bertahun tinggalkan aku. Bertahun couple, tunang hanya sebulan. Alasan tiada persamaan. Alasan bodoh yang keluar dari mulut dia ketika itu. Masa tu, dah macam2 usaha aku buat untuk kekalkan kami. Tapi semua gagal. Dia tak de orang lain. Aku pun memang setia dan sayang giler pada dia masa tu. Tah angin apa yang buat

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 16

< Di ofis > " Anje....." Aduyai dia ni. Sindir aku lagi ler tu... " Anje dah sarapan ? " Owh... nak main2 eh? Jaga kau. " Ye sayang. Dah. Anje dah sarap dah tadi... sayang makan aper td? " " Tadi kn... Sayang makan lontong, dengan teh o ais.. eh. Anje kan tau sayang suka aper.. "  Amboi dier ni...! Tak nak mengalah eh? Aku nak tengok sejauh mana kau boleh 'pegi'.  " Eii... pagi2 minum ais? Tak mo.. tak mo.. tak mo.. kang sayang sakit perut...? Cam ner? anje jugak susah... " " Ala.. anje kan ada. Kalau sayang sakit... anje kan boleh bagi ubat kat sayang... hihihi " EHEMM!!   Alamak! Potong betul la Si Taufik ni. Kacau jer orang nak bermesra. " Err.. saudara-saudari  berdua... kalau nak bercouple.. nak manja2 macam ni.. sila bukan waktu pejabat yer? Ramai kat sini yang nak termuntah tengok... "  " eleh. Jeles ler tu " - suci " haah