Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 16

< Di ofis >

" Anje....."

Aduyai dia ni. Sindir aku lagi ler tu...

" Anje dah sarapan ? "

Owh... nak main2 eh? Jaga kau.

" Ye sayang. Dah. Anje dah sarap dah tadi... sayang makan aper td? "

" Tadi kn... Sayang makan lontong, dengan teh o ais.. eh. Anje kan tau sayang suka aper.. " 

Amboi dier ni...! Tak nak mengalah eh? Aku nak tengok sejauh mana kau boleh 'pegi'. 

" Eii... pagi2 minum ais? Tak mo.. tak mo.. tak mo.. kang sayang sakit perut...? Cam ner? anje jugak susah... "

" Ala.. anje kan ada. Kalau sayang sakit... anje kan boleh bagi ubat kat sayang... hihihi "

EHEMM!!  

Alamak! Potong betul la Si Taufik ni. Kacau jer orang nak bermesra.

" Err.. saudara-saudari  berdua... kalau nak bercouple.. nak manja2 macam ni.. sila bukan waktu pejabat yer? Ramai kat sini yang nak termuntah tengok... " 

" eleh. Jeles ler tu " - suci

" haah. Kiter nak bermesra pun kacau. Tah apa2 tah. " - aku

" tak de makna nyer aku nak jeles. Geli tau tak??! Korang ni apahal...?? Korang bercinta eh? " - Taufik

" eh. Tak lah! " - cepat2 aku potong

" kalau betul, apa salah nyer?? " - suci berkata sambil angkat kening dan dagu ke arah Taufik.

" tak de apa lah! Dah lah korang ni! Malas aku nak layan " - cakap Taufik sambil melangkah pergi.. 

Aku dan Suci ketawa berdekah2 ketika itu. Aku sempat memandang wajah Suci.. comel betul bila dia ketawa macam ni.

" Dah sayang. Gi wat keje. Hehe" - aku sambung mengusik.

" Apa sayang- sayang???! " - tengking suci sambil menjelir lidah kecik dia pada aku. Amboi! Tadi boleh pulak...


***************

< Time rehat... >

" wei, Kim... jom gi tapau ? " - pelawa Taufik

" ko gi dulu la Fik... nanti aku turun. "

Sebenarnya aku tak lapar pun. Kepala ni asyik la nak pikir... apa alasan nak bg tau Suci pasal hal menipu ni. 

" Anje. Tengah wat aper tu? Hihi "

" Tengah siram pokok ni, tak nampak? " - sindir aku.

" eleh. Sombong arr anje ni " 

" diam arr. Aku tengah pening ni "

" naper ni? Gaduh ngan Firah lagi ker? " - tanya Suci sambil menarik kerusi sebelah, dan duduk mengadap aku.

" tak de la. Pasal lain " 

Gila. Tak kan aku nak cakap hal kau ngan aku?? Tu nama dia cari nahas.

" kalau ada masalah, kita syer ler. "

Aku perhati muka Suci. Memang masa ni dia nampak serious dan bersungguh2 nak bantu aku. Aku reka citer lain...

" aku suka sorang awek ni " 

" OMG??! Yer ker?  Kau dua kan aku ker??  Hihi " 

" tengok tu! Orang betul2 dia main2 pullok. Dah la! Tak nak citer.... "

" Ye la.. ye la... siapa? Aku kenal ker? " 

" ko kenal kot. " 

" suzy? Efa ? Ermmm.. takkan Ms Tan kot? Ermmm.... "

" eh. Yang ko beriya2 sangat ni apa hal?? "
 
" saja. Tapi siapa ek? Tuti pembantu kafeteria tu ker? Ermmm "

" dah la wei. " 

" takkan aku kot? Ermmm... " 

" kalau kau? "

" tapi ko kena ingat anak bini kau kat rumah, Kim " - Suci menyindir.

" dan ko kena ingat. Aku ada 3 quota lagi " 

Suci terdiam. Mata dia asyik memerhati screen saver di monitor aku. Dia pandang muka aku ngan kening yang nampak berkerut. Tanda kebingungan. 

" so? "  - tanya suci dengan ayat tergantung

" so.... " aku sengaja pause kan sebentar ayat tu.. aku pandang sekeliling. Pastikan tiada yang mengacau macam pagi tadi. Aku dekat kan wajah aku pada Suci. Dia tak mengelak pun. Pandangan mata nya terus menusuk kat mata aku..

Aku sambung....  " so.... kau nak jadi yang kedua ? " 

muka suci merah padam. Tak pasti marah atau malu. Tiada langsung senyuman pada bibir dia. Alamak.

" kalau aku kata ye? Kau nak aku ker Kim ? " - muka nyer semakin dekat ngan wajah aku. Bau Perfume yang dia pakai pada ketika ni  semakin menusuk ke hidung aku. Suka betul aku dengan haruman yang satu ni.

Jantung aku semakin berdegup laju. Perasaan aku jadi tak tentu arah. Perempuan yang sekarang ni aku betul2 suka, tiba2 ada hampir sangat dengan aku. 

" Siapa yang tak nak Bidadari, ye tak? "  - aku jawab secara spontan. Kali ni suci melentokkan sedikit kepala nyer... dan.... dia bisik ke telinga aku..

" BOLEH KE, BIDADARI COUPLE NGAN SYAITON??! "

Suci tolak aku dgn kuat. Kerusi yang aku duduk tadi menggelunsur ke belakang. 

Suci ketawa kan aku. Mengilai dah macam langsuir dah aku tengok.
SYAITON dia panggil aku??? Dia yang mengilai macam SYAITON...!

Ceh. Dah banyak kali dia buat aku macam ni. Harapan palsu! Hempeh! Tak per. Jaga kau. Nanti satu hari aku balas balik.



--------------------------------  bersambung




Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....