Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 17


Jam hampir 5 petang. Kawan-kawan ofis masing-masing dah start mengemas untuk balik. 

Banyak lagi kerja yang aku nak kena siapkan. Aku sempat menjeguk ke arah Suci. Dia masih lagi di situ. Mungkin dah mengemas agaknya.

Tangan dia masih lagi membelek-belek handphone dari tadi. Aku perhatikan aje riak wajah dia. Ada sedikit kerisauan di situ. 

Tiba2 matanya memandang ke arah aku. Dia perasan agaknya aku tengok dia. Dia mengukir senyuman. Aku beri signal tanda 'ok?' pada dia. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Aduh. Senyuman ni lah yang buat aku cair kat dia selama ni. 

Senyuman saling tak tumpah seiras Misya.-bekas tunang aku yang dah bertahun tinggalkan aku. Bertahun couple, tunang hanya sebulan. Alasan tiada persamaan. Alasan bodoh yang keluar dari mulut dia ketika itu.

Masa tu, dah macam2 usaha aku buat untuk kekalkan kami. Tapi semua gagal. Dia tak de orang lain. Aku pun memang setia dan sayang giler pada dia masa tu. Tah angin apa yang buat kami terpisah.
Aku pasrah. Dah bukan jodoh kami. Aku cuma kesal, yang aku dah habiskan masa bertahun untuk jaga jodoh orang lain. Sia-sia.


******************


TITEET-TITEET

eh. Suci? 

~ Salam Kim. Aku nak mintak maaf pasal tadi. 
Aku rasa bersalah wat ko mcm tu....  ~ 

Eh. Jap..jap.. Akim? Naper si Suci ni.. salah nombor ker? Opss. Betul la. Yang dia hantar message pada nombor aku yang betul. Bukan 'nombor Mika' . Nasib baik tak silap. Tapi kenapa eh? Dia tak pernah message aku sebelum ni.

~Wsalam. X per. X der hal lah. ~ 
~ ko jgn la marah aku Kim. Kita kn geng? ~ 
~ x. Tak kn aku nk marah org yg aku syg. ~ 
~ ngada betul la ko ni. ~ 
~ x caya suda ~ 
~ dah la. Asal ko dah maaf kn aku, ok le tu. Hehe. ~ 
~ dah. Dah. Dlm bas lagi kn? Jalan tu kang baik2. Kalau ada org tackle, ckp kat aku.  Aku sekel kpala dia nanti..huhuhu ~  
~ kn. Ayat ko sama mcm dia. Ok la. Tq eh. Lg satu.
Jgn lupa delete msg aku ni. Kang kantoi ngan bini ko, aku tak tau.. ~
~ x kn la ngan madu sendiri dia nk marah. Ekekeke. Sayang ko ~ 
Pergh.. first time ni dia message aku. Maksud aku.. aku.. Akim.. bukan Mika. Haha. En Mika.. awak dah kalah satu point!
TITEET-TITEET
~ sayang ko jugak ~  - Suci
YEHAAAA!!  Dua point, En Mika. Dua point awak kalah !  Hahahahha.

***********

Di kedai mamak...
" Tak pernah-pernah Cik ajak gi ngeteh ni. Ni mesti ada hal "  
" Eh. tak de la. Sekali sekala. Tak kan tak boleh, Cik nak blanjer kamu "
" Eleh, Cik. Dari kecik Muaz kenal Cik. Macam la Muaz tak paham stail Cik ni. " 
Muaz - anak saudara aku yang paling tua.  Sahabat baik aku sejak dari kecil. Umur kitaorang pun beza 2 tahun jer.
" sebenarnya, Cik ada masalah ler. masalah BESAR PUNYER ! "  kata aku sambil mendepakan tanga. Macam dalam iklan tu.
" Pasal duit ker ? ke pasal Cik Firah ? " 
" Ish.. kamu ni. Salah tu... "
" Dah tu ?? "
" Pasal awek "
" Pergh !! Pakcik aku ni dah ber-awek dah !! Fuyooo "
" Syyyy...  slow sikit suara tu boleh tak ? Mamak tu dah tengok dah tu " 
" ok..ok.. sorry Cik. Alaa.. biase la.. pompuan ni, kita kena paham dia. setakat ngajuk2 ni biasa lah tu " - kata Muaz, sambil menghirup teh panas perlahan2.
" Tengok tu. belum citer lagi, dah main serkap jarang... ermmm "
" Ok. citer... "
" Janji ni, kamu tak kan citer sesiapa ? "
" Yer janji "

" Hah??? ! Biar betul ni, Cik ???  hahhahhaha"

Ish dia ni. Dah suruh aku cerita semua, diketawakan nyer aku. Hampeh nyer anak sedara.  Kuat pulak tu dia ketawa. Hinggakan makcik meja sebelah tu pandang kami atas-bawah, tanda tak puas hati. Bising sangat. 

" Dah lah ! Orang citer kat dia, nak mintak tolong.. dia boleh ketawa kn. Hampeh ! "

" Tak de la. Muaz teringat message Cik kasi tu. Muaz pun dapat gak kan? Cik tulis kat situ... aper? er.. Sayang jangan la merajuk... hahahhaha . Lawak arr Cik ni ! "

" Dah boring masa tu, nak wat cammana ? "

" ok la. Sori.. sori.... So.. pompuan tu, macammane sekarang ? Maksud Muaz, cara dia layan Cik "

" Macam Cik citer tadi la. Dia suka main2 macam tu "

" Ermm.. kalau Muaz kat tempat Cik la kan. Muaz terus terang jer. Cakap Cik wat semua tu pasal Cik suka kan dia. Habis citer "

" Takut la Muaz. "

" Takut??? Hahaha.. Cik Muaz yang satu ni tau takut ?? Kalau tak.. dulu, dialah Playboy "

" Tu dulu. Ni sekarang ni. Mana nak pikir risiko satu tempat keja lagi. Cik Firah kamu lagi" 

" Semua tu, akan settle Cik. Man-man. Slow-slow orang puteh cakap "

" Ermmm .. entah la. Cik pun dah naik pening dah ni " 

" Ingat macam ni je Cik. Yang penting sekarang, Cik terus-terang dan mintak maaf dulu. Lepas tu, tengok la reaksi dia macam maner. Terpulang pada Cik, nak cakap Wo Ai Ni tu, atau tidak. Kalau Muaz, kalau dah suka, belasah jer! Terima atau tak, lantak ! "

" Amboi.. senang nyer kamu cakap. Habis, bini kamu nak letak maner ? "

" Eh, Pandai cakap. Bini Cik lak nak gi mana? hehehe "

Gurau-gurau jugak, tapi betul la apa yang Muaz cakapkan. Benda-benda macam ni la yang buat aku pening. Aku jadi serba salah. Pasal aku sedar aku laki orang. Tak mudah orang seperti Suci tu nak terima aku. Aku memang dah fikir masak-masak. Aku akan reveal siapa Mika sebenarnya, dalam tempoh masa terdekat ni.


---------------------   bersambung





Comments

yitranquarles said…
Betting site in Tennessee suspends online sports betting for a second time
Tennessee's betting 속초 출장안마 company has suspended a fourth-degree felony felony drug operation after admitting 목포 출장마사지 to violating 광명 출장샵 the Aug 20, 2020 · 광양 출장안마 Uploaded by 김천 출장안마 KSNV

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....