Posts

Showing posts from April 13, 2017

Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 10

Diam tak diam dah nak masuk 2 bulan dah aku ber- sms dengan si suci. Hampir 2 bulan jugalah MIKA tak berani nak call Suci. Banyak kali juga Suci desak nak cuba call MIKA.. tapi MIKA berkeras tak mahu jawab call . Nak berbual live ikut phone ??  Giler ! Dah tentu-tentu Suci kenal sangat suara aku. Kantoi kang. Banyak jugak perkara yang aku tahu pasal dia. perkara yang tak pernah dia bercerita pada aku kat ofis. "Aku-AKIM" yang sebenar. Yang aku nampak dia lebih selesa menceritakan segalanya pada MIKA. Dia terlalu percayakan MIKA. Dengan aku di ofis, Suci tak banyak cerita pasal MIKA. Bila ditanya, sengih je memanjang. HUH ?! Ini boleh mendatangkan jeles nih! Ada satu kali tu, time rehat. Aku guna YM (Yahoo Massenger) untuk nyakat Suci. + Ko senyum je eh, 2-3 menjak ni +  + Waalaikumsalam... aku jawab dulu.. ko x bagi salam pun eh +   Alamak sindir aku balik ni.. huhuhu   + Assalamualaikum + + nk ape ni ? aku nk lelap jap pun x senang + + Ko ni Suci..