Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 10


Diam tak diam dah nak masuk 2 bulan dah aku ber-sms dengan si suci. Hampir 2 bulan jugalah MIKA tak berani nak call Suci. Banyak kali juga Suci desak nak cuba call MIKA.. tapi MIKA berkeras tak mahu jawab call. Nak berbual live ikut phone??  Giler ! Dah tentu-tentu Suci kenal sangat suara aku. Kantoi kang.

Banyak jugak perkara yang aku tahu pasal dia. perkara yang tak pernah dia bercerita pada aku kat ofis. "Aku-AKIM" yang sebenar. Yang aku nampak dia lebih selesa menceritakan segalanya pada MIKA. Dia terlalu percayakan MIKA. Dengan aku di ofis, Suci tak banyak cerita pasal MIKA. Bila ditanya, sengih je memanjang. HUH ?! Ini boleh mendatangkan jeles nih!


Ada satu kali tu, time rehat. Aku guna YM (Yahoo Massenger) untuk nyakat Suci.


  • + Ko senyum je eh, 2-3 menjak ni + 
  • + Waalaikumsalam... aku jawab dulu.. ko x bagi salam pun eh +

 
Alamak sindir aku balik ni.. huhuhu

 

  • + Assalamualaikum +
  • + nk ape ni ? aku nk lelap jap pun x senang +
  • + Ko ni Suci.. skrg sombong badak eh? x nk berbual ngan aku lagi +
  • + x lah. aku biase je +
  • + ye ke biase ?? +
  • + ko dah kenape ? +
  • + aku dah lama x tanya khabar ko beb +
  • + baik +
Aik ? pendek je dia jawab?

  • + kalau ko bz x pe lah +
  • + jap. jap. +
  • + tau pun nak mintak maaf kat aku +
  • + ko tau Kim? Cara tulisan ko ni.. sama mcm dia +

ALAMAK ! Aper ni ?? Kantoi ke haper ??
  • + dia ? +
  • + kawan aku +
  • + pakwe eh ? +
  • + tu rahsia. Tapi mmg betul tau. Ke ko ni dia ? +
  • + apa ni?? dia sapa? +
  • + x der apa lah. tapi kalau aku dpt tau ko ni dia. putus kawan! +

Kan ? aku dah cakap dah. kalau betul lah dia dapat tau. Memang mati aku dia kerjakan. Silap-silap haribulan, terpaksa berhenti keje ni.

  • + ko ni mabuk milo ker?? tiba2 jer marah aku +

Dia senyap seketika. Aku menjeguk ke arah dia di meja sebelah sana. Mata ke bawah sambil menekan handphone. Ish ! BAHAYA ! BAHAYA ! time tu, dengan sepantas kilat, aku cepat-cepat silent kan phone. Tepat sekali. Memang dia message MIKA.  


                                                          ~ Awak. Sibuk ke? ~

Aku sempat tengok dia, dia terhinjit-hinjit menjeguk pada aku. Barangkali nak pastikan yang aku ni bukan MIKA agaknya. Bijak jugak si Suci ni. Aku buat-buat tak nampak, pandang monitor komputer. Wah! nasib baik tak kantoi.

  • + yang ko gelabah kenapa, Kim ? +  
  • + eh! ko yang tiba2 marah aku. lepas tu ko ckp aku gelabah? Betul ler ko ni dah mabuk +
  • + aku geram lah +
  • + naper? siapa dah buat ko ni? meh aku letuk kepala dia +

Coverline beb.

  • + x der aper lah. ko ingat x masa tu aku pernah tanya kat ko, ko terima x kalau ada org nk kenal ikut sms ? +
  • + Ingat. naper ? +
  • + ko janji jangan citer sesiapa eh? janji tau ! +
  • + ye.. aku janji. citer la +
  • + ko tau, Kim ... aku ada kenal satu mamat ni. duda. kitaorg berbual semua ikut sms je. x pernah jumpa. jgn ckp jumpa, call pun x pernah. aku rasa ada something x kena lah. Lepas tu, cara tulisan ko ni, macam dia. tu yg aku salah anggap tu. sorry eh? +

Dia dah mula cerita dah ni. boleh ke aku cuba korek rahsia sikit ?

  • + sms je? abis tu ko layan ?? +
  • + haah. aku tgok dia ok ... +
  • + ok jer ?? +
  • + dia ambik berat pasal aku.. pasal Wawa.. dia dengar semua yang aku ckp.. yang aku luahkan pada dia. dia terlalu baik lah Kim.. +
  • + ko yakin ke dia baik? entah2 ada niat lain ke? +
  • + x baik ko ckp mcm tu. ko tau Kim, aku tgu jer dia ajak aku keluar. aku x kisah lah dia tu sapa.. keje apa, hensem ker x... aku nk sgt jumpa dia. tapi aku pompuan.. x kn lah perigi cari timba? +
  • + aik? lain mcm je bunyi? +
  • + aku dah rasa lain mcm ler, kim. +

Ya Allah ! Mati aku macam ni.... Apa aku dah buat ni ??

  • + Chewah !   +
  • + Dah la. malas nk layan ko. kang 'dia' marah +
  • + pegiiiii  daaaa !    +

offline



--------------------------   bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....