Kenapa pelajar Melayu kena rasuk??

Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya dan siapa yang salah...?

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.
Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis
melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan
india . Di mana salah nya........???

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di Sekolah Menengah *** (nama sekolah dirahsiakan atas sebab2 keselamatan...)

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu.
Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.

Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua
jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu.
Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan
semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu
menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab!
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada
Memikat, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh,
Tak Mungkin Aku MERASUK..."

"Ekekekeekeeee..."

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....