Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 7

Apahal tak boleh tidur pulak ni??
Pandang jam kat handphone, dah pukul 2.30. Kenapa ek?
Pasal si Suci tu ker buat mata ni tak boleh tidur ?
Takkan lah kot ?

Aku turun dari katil, melangkah longlai ke dapur. Buka peti sejuk,
aku menyelongkar kalau ada apa-apa yang boleh dimakan. errmm.. timun, bawang,
lada merah, adalah... takkan aku nak bedal semua ni...?
Aku capai segelas air putih sejuk... Aduyai... Matilah mak... semakin segar pulak mata ni.

Aarh ! tengok tv lagi bagus.


*********************


TITEET TITEET


Sayup jer bunyi SMS tu dari bilik.



Siapa pulak yg msg tengah malam macam ni? Itu mesti CELCOM.
Dioarang suka hantar message iklan tengah-tengah malam. Sebagai syarikat yang besar, privasi pelanggan perlu juga diberi keutamaan. Tahulah Auto sms.. tapi kitakan boleh setkan benda tu. Apa daa..

TV ni pun satu! Tak de citer menarik pulak...Sudahlah aku tak boleh tidur. Lapar lagi.
30 minit berlalu. Mata masih tak mengantuk. Apa ni?? Tak boleh jadi macam ni. Kalau sampai pagi
naya aku esok. Satu kerja pun tak boleh buat.  (Kan aku dah bebel ! uh !)

Malam ni aku nak cuba tidur di sofa lah. Mungkin boleh lena kot. Amik handphone dulu,
pasal alarm memang aku dah set kat situ. Kang ter Subuh Gajah kang, bak kata Suci.. eh! Apahal
aku tersebut nama minah tu malam-malam ni ?  hehehe


1 msg received


~ Assalam.
Awak. Saya nk minta maaf pasal td.
Saya x patut tiba2 nk marah kn awak.
Saya minta maaf skali lg. Saya luahkan perkara
yang betul. Perkara yg saya pernah alami.
Dah nasib saya, Wak.
Mcm ni la. Kita kawan balik eh?
Bukan memuji, tp ikhlas bila saya ckp,
yg awak ni lelaki paling baik yg pernah
saya kenal. Walaupun saya baru je kenal awak. ~


Erkk ??? Apahal lak minah ni? Malam-malam tulis semua ni?
Tak dapat tidur juga ke dia? Kesian pulak rasa dlm hati ni.
Ye la. Kalau esok dia MC, siapa nak tolong buat kerja-kerja aku nanti?
Pasal kerja kami bersangkut-paut.

Nak balas ke, tak nak?
Nak balas ke, tak nak?
Nak balas ke, tak nak?
Kalau balas, apa yang aku nak tulis?


~ Wsalam. Dah lah awak. Kita lupakan je apa yg berlaku td.
Saya x ambil port pun. Saya paham. Tapi bab 'paling baik' tu..
Jgn la awak berharap. Masing2 ada keburukannya.
ok Kita kwn. ~

Ok kot ayat ni. ermm.. pastinya dia takkan balas punya. Dah lewat sangat ni.
Aku pun dah mula rasa ngantooookkk.... WARGHH....

TITEET TITEET

EH?

~ Syukur awak maafkan saya. Baru lah boleh tido, hehe ~
~ benda kecik kot awak. dah. gi tido. karang sakit, sapa susah? saya jugak..huhu ~
~ ok awak. esok pagi, subuh, biar saya kejut kan awak yer? Assalamualaikum ~
~ Waalaikumsalam. Insya Allah. ~

FUUHH.. rasanya boleh lah.. Uwaarrgghh... aku... T-I-D-O..... ZZZZZZZZ


*********************


" Wei, Akim !"
" Ko ni Fik. Kalau tak sergah, tak tepuk aku`tak boleh ker? Gugur jantung beb!"
" Kim. Ko tengok Suci tu"


Muncung si Taufik panjang dah macam Donald Duck dah, menunjuk arah si Suci.
Kannn... aku dah cakap dah. Dia dah mengantuk dah. Muka pucat, mata kuyu,
tersenggok-senggok macam orang berzikir... Aduyai dia ni...


"HAHAHAHHA... Kau tengok Kim. Tu tak lain, layan citer korea terlebey lah tuh"
"Ish ko ni! Tak baik la..."
" Ko tengok tu! ko tengok tu! hahahahha"
"Fik.. tak baik beb.."
"eh! eh! kejap! yang aku sedang brecakap sekarang ni, dengan Mr Hakimi Hamdan ker?"
" Yer Dato' Taufik ... ko dah kenapa?"
" errmmmm..  tak lah. biase ko pun akan kutuk sama bila aku kutuk sesiapa...  tapi kali
ni lain pulak..."
"Dah ! dah macam detektif dah ko ni aku tgok. Kesian dia beb.. tak boleh tido kot"
"aik? sejak bila kau amik berat pasal dia...ehem..ehem"
"sadap u! dah gi wat keje. kang bos nampak kang. tak de bonus tahun ni..hahha"
"blah la lu! hahhahah"


Dah blah pun si taufik ni. Eh? mana si suci? ke washrooom kot?

" Kim... ni tadi yang kau mintak"

OPOCOT! Tiba-tiba je si suci dah ada sebelah aku. Terperanjat betul ni.
Sambil dihulurnya fail pada aku.

" Ko ni! teperanjat aku! ko ni pun dah sama macam Taufik. Salam mana salam??"
" eh! tak kuasa aku nak salam ko"
" Assalamualaikum lah kak long wei.. bukan salam tangan"
" pening lah macam ni"
" memang lah pening, kalau tak cukup tido...(alamak!) "
" HAH ! Macam mana ko tau aku tak cukup tido ???? Baik ko ckp! "


Alamak ! Alamak ! macammana boleh terlepas cakap niiii....
Cover balik, Akim... Cover balik !

" Ko ada tengok tak muka ko kat cermin pagi ni?"
" errr.. ada lah... naper lak??"
" tak yah cakap pun semua orang tau ko tak cukup tido"


PERGHH.. seb baik boleh terlintas soalan tu.
Suci memperbetulkan tudungnya. Tarik-tarik sikit hidung yang tak berapa nak mancung tu.
sapu-sapu muka..

" Nampak sangat ker muka tak cukup tido? "
" Yelah ! Layan lagi citer2 korea tu "

Hahaha.. nampak tak? tu jer modal supaya aku buka cerita lain..

" hei! sorry.. aku tak main citer korea "
" Abis tu?? baca novel lagi?"
" Adalah. sibuklah ko ni"
" Apa pun alasan, hari keje jangan tido lewat sgt. Ni tengok muka ko... alahai.. sedey aku tgok.. tak ceria. dah macam Cik PON dah.."
" CIK PON??"
" Cik Pontianak! hahhahahha"
" wak lu "



----------------------- bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....