fakta atau auta ....??

1.. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannyadituangkan ke dalam cerek yangmengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaanapi bersuhu 100 darjah celcius akanmenghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



2. Percayakah anda yang air sirapmerupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Inikerana kajian telah dibuat, seorangpembina helikopter memerlukan airsirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebuttidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju220 km/j tidak akan dapat memotongkereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebutdipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.



5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lamadigunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnetialah besi yang berani menarik butir-butir besi lainkearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet..



7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.



9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.



10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.



11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.



12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.



13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.



14. Tahukah Anda bahawa fakta2 ini tidak mengandungi no.8 , kerana aku terlupa taip....?



hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....