Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 5


"Kim. Kau tolong aku sekejap. Tolong adjust kan printer ni. Macam tersangkut la..."
"Jap... Jap."



Rileks Akim.. rileks. Buat macam biasa je. Lagi pun bukan dia tau yang SMS tu kau.


"Oh. Patutlah. Ribbon dah terbelit. Meh, aku betulkan sekejap"

Sedang aku membelek-belek printer tu, dia menghampiri aku.


" Akim.. err.. ko sibuk ker? Tanya sikit boleh? "
" Yer.. ada apa lagi Cik Suci? Nak ajak aku dating ker...?"
" Alaa..  kalau aku ajak pun bukan kau nak. Kau kan sombong ngan aku..."


Suci...suci.. Kalau kau yang ajak, giler tak nak?


"Akim. Kalau kau la.. ada orang nak kenal... ikut sms ker..  email ker.. err.. kau nak accept ker?"

Alamak! Soalan cepu emas nih..


" tengok keadaan ler.. kalau orang tu ok.. aku proceed je.. "
" walaupun kau tak kenal dia?"
" Ye. Kalau aku ler. Asalkan orang tu baik.. aku teruskan je. Kenal2 dulu.. eh! Kenapa kau tanya macam tu ek? Owhh.. dah ada cowok baru yer...?"
" Dah!  Kau jangan mengada. Aku tanya je la."
" Eleh. Kalau tak de aper2... tak kn la kau saja2 tnya mcm tu?  Hahaha"
" arrrh! Sakit pulak hati kiter ckp dgn awak ni. Hehe"



Pergh. Nasib baik aku dapat tutup cepat-cepat semua soalan-soalan tu. Bahaya jugak kalau berbual lama2 dengan minah ni. Silap-silap, apa yang aku rancang semua tak menjadi.


*********************


Tiba-tiba bahu aku ditepuk kasar. 



"Kim. Ada projek tak petang ni? Futsal jom ?"


Taufik a.k.a. Abang Sado. Dia ni memang gurau kasar. Antara yang baik dengan aku di pejabat. Muka hensem, penampilan kemas, badan berketak, aktif bersukan, berkereta besar... Kenapa lelaki macam ni Suci tak nak? Baru-baru ni Taufik pernah nak pikat Suci, tapi Suci buat tak tau.. pelik.


"Wei ! Aku tanya ni... Jauh pulak termenung"
"Dah pukul berapa dah ni?
"5 dah encik boss... jom lah. 6.30. Kat Sri Skudai. Jangan tak datang beb. Kau tu asyik duduk rumah je.. Sihat-sihatkan lah badan tu."
"Insya-Allah. Tak janji tau."
"Tu lah Melayu! Insya-Allah memanjang. Jangan kudakan ungkapan Insya-Allah boleh tak? Aku tunggu."



Futsal? Ermm.. dalam setahun, boleh kira berapa kali aku main Futsal. Bukan tak minat, tapi umur dah semakin meningkat ni, semakin tak larat. Sudah berapa kali kawan-kawan nasihat, marah pada aku, tapi aku tetap degil. Alasan yang releven sekarang ni, Tak ada masa.



*********************


TITEET-TITEET  

Hah, SMS. Suci ker?

~ Bah. Mama dengan Zariff ke rumah Sofea. Nanti abah tapau kat luar ye? ~


Errmm.. Sanggup aku parking tepi, untuk baca sms yang masuk tadi. Ingatkan dia... hehehe
Apa dia buat sekarang ni agaknya. Kalau perempuan. Aktiviti mesti sama. Shopping, jalan-jalan, bertandang rumah BFF.. kan? Sampai sahaja dirumah, aku baru teringat, yang aku lupa nak beli makanan untuk makan malam. Itulah. Kepala asyik berangan. Malas betul nak keluar balik. Puasa lah malam ni.



TITEET-TITEET

Sms apa lagi tu? sekejaplah. Mandi dulu, lepas tu baru boleh baca sms tu. Kali ni Suci kot?

~ Kat mana?? jangan lupa. Futsal Sri Skudai. ~

Oh ye. Lupa. Taufik dengan kawan-kawan dia sedang menunggu. Matilah mak. Apa lagi alasan nak aku beri agaknya? Balas sajalah sms mamat ni.

                                                    ~ Fik. Tak jadi. Wife ajak keluar. ~

Itu nama dia 'Alasan Spontan'.

 
~ Kau memang macam tulah Akim. Takut bini ke?? Hahahhaha ~


Wah ! Ni dah melampau dah ni. Ah! Lantaklah. Aku tahu si Taufik tu bergurau. Tiba-tiba rasa malas pula nak ikut sama. Rasa macam mahu tidur awal. Bosan gila sekarang ni. Kalau ada Zariff, boleh layan dia main PS2 dia tu.Atau belajar masak dengan makcik tu.



TITEET-TITEET

Apa lagi si taufik tu !



~ Assalamualaikum ~

Eh ? Suci ??


--------------------------------  bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....