X der citer lain ker...

Cuba korang baca e-mail kat bawah nie.....
Aku dapat dari sorang rakan.... kiranya e-mail atas e-mail ler ni....

Sorry, sebenarnya ketidakpuasan hati peminat bukanlah kerana Siti memilih duda, atau jarak umur yang berbeda. Tapi hakikatnya, yang peminat macam aku bengang sangat ialah di atas beberapa perkara yang aku rasa Siti tak patut buat :

1. Kalau benar Siti kata di berkenalan ngan Datok Misai selepas konsert Albert Hall, ini bermakna Datok masih lagi menjadi suami orang, ternyata Datok cerai awal tahun ini KERANA SITI! Ish...perampas suami orang! Ni yang aku tak gemar!
2. Siti dulu kata jangan percaya dengan berita berita tu semua...tapi ternyata berita berita tu semuanya benar...termasuk tarikh perkahwinan, tempat yang akan diadakan, semuanya ada lah benar. Jadi, kesimpulannya...SITI PENIPU!
3. Role Model? Adakah dia layak terima gelaran itu sekarang? "jadi macam Siti, sopan santun, pakaian tak dedah, baik orangnya....dan PERAMPAS SUAMI ORANG?" Ini ke Role Model?
4. "Datok sangat menyayangi anak anak nya." itu yang buat Siti terpikat ngan Datok? WHAT A LAME REASON!!!!!!!
5. Yang bujang sebenarnya tak berpeluang sekiranya anda semua tak berharta. Bukan SITI Nakkan harta, dia dah kaya. Tapi DIA TAKUT KALAU SUAMINYA MISKIN AKAN MEREBUT HARTANYA! NOW DAPAT SUAMI KAYA, SO HARTANYA TAK AKAN DIRAMPAS.
6. Ternyata, keputusan yang dibuat Siti telah menunjukkan betapa ceteknya pemikirannya. Tak sangka, penyanyi yang aku minat selama ini, boleh melakukan perkara sedemikian. Sorry Siti, I WAS your fan...but NOT ANYMORE!


........

mmmmmm.......

Menarik kan?

Bagi aku, ini salah seorang dari ribuan peminat CT yg x puas hati.... Mcm2 perasaan diorang. Ada yg marah, ada yg geram, dan x kurang pula yg mengutuk setengah mati....
Bab MENGUTUK tu, aku x boleh nak ckp apa2 ler.....

Dan byk lagi kutukan2 seumpama ini yg aku terima. Kebanyakannya lawak ler....
Kalau korang tengok budak2 yg main chat kat @15 di Astro tu.... Mcm2 kutukan ada, tapi ada juga yg mem-backing mcm nak rak pada DIVA KESAYANGAN diorang tuh....
HAIIII....... ENTAH LAH NAK......!!!!!

Sebenarnya, dulu, seawal popularity dia naik dulu, aku pun terikut2 anti CT. Tapi lama kelamaan, aku x kisah dan minat pulak pada lagu2 dia...... Tapi sekarang nie???

Tak per, kita tengok jer sampai mana jodoh diorang tu... Jika CT benar2 ikhlas, dan menyintai Dato' tu, biarlah diorang kekal hingga akhir hayat.... ( itu pun kalau x der popuan lain yg nak rampas Dato' pulak dari tangan CT.... INGAT! Sekarang ni Tuhan balas CASH jer, x tunggu hingga kat SANA nanti... )

Tapi, kalau dia SUKA base on HARTA, KEKAYAAN, WANG RINGGIT..... Kita sama-sama nanti kan ler akan datang, SIDANG MEDIA KHAS yg dibuat oleh dioarang untuk menyatakan SEBAB kenapa Jodoh x panjang......

Apa2 pun .....
"BIAR LAH RAHSIA......."

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....