Cuba korang baca petikan e-mail yg aku dpt nie......
dan korang "timbang2 kan".......

Assalamualaikum...
Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Pelancongan dalam kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pengasas ajaran Islam Hadhari, cucu kepada ulama terkenal, Haji Abdullah Fahim telah mengeluarkan idea yang amat 'bernas' dan tindakan yang 'bijak' untuk melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi (sekarang ini setakat jam 12.00 tengah malam sahaja dan pada hari minggu dilanjutkan sehingga jam 2.00 pagi).
Adnan juga mahukan kerajaan Islam Hadhari menurunkan cukai arak, supaya harga arak di pasaran menjadi lebih rendah, kalau boleh lebih rendah lagi dari harga sebotol air mineral. Kalau boleh arak dijadikan minuman rasmi di majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan dan diminum oleh orang ramai seperti air sejuk sahaja.
Tujuan Adnan ialah untuk menarik pelancong dari luar negeri datang ke Malaysiauntuk berhibur dan beliau suka melihat pelancong asing itu terhuyung-hayang kerana mabuk. Saya rasa Adnan terlupa satu lagi bisnes yang paling menguntungkan. Setakat arak, judi dan hiburan tidak memadai.
Adnan patut mengemukakan satu pelan tindakan yang strategic untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara 'Pusat Pelacuran' bertaraf dunia sebagaimana nama Genting Highland terkenal di seluruh dunia sebagai 'Pusat Perjudian' yang terbesar di Asia. Arak, judi dan seks hendaklah dijadikan sebagai sebuah industri.
Pekerja-pekerja seks hendaklah dinaikkan taraf setanding dengan kedudukan pegawai tinggi kerajaan atau setaraf dengan menteri-menteri. Siapa lagi yang hendak diharapkan membela nasib pekerja-pekerja seks ini, melainkan Adnan. Shahrizat Jalil tidak mungkin kerana beliau ada sedikit pegangan agama.
Pusat-pusat pelacuran hendaklah dilesenkan supaya ia dapat bergerak secara sah dari segi undang-undang sebagaimana yang dinikmati oleh pusat-pusat perjudian, arak dan hiburan (pub-pub). Apabila Malaysia berjaya mengwujudkan lebih banyak 'syurga arak', 'syurga judi' dan 'syurga seks', maka ramailah pelancong-pelancong dari luar negeri berduyun-duyun akan berkunjung ke Malaysia untuk menikmati syurga-syurga tersebut.
Mereka tidak perlu lagi pergi ke Thailand (selama ini Malaysia dijadikan negara transit) kerana Malaysia juga turut menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut standing dengan Thailand , malah pusat-pusat ini patut diperhebatkan lagi mengikut piawaian antarabangsa-selesa dan memuaskan dari segala aspek layanan.
Hasrat Adnan untuk meningkatkan industri pelancungan dan menjana pertumbuhan ekonomi Negara tentu akan tercapai. Disamping itu, ia juga dapat mengurangkan kadar penggangguran di kalangan belia-belia tempatan.
Satu ketika dulu heboh seluruh Negara apabila Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di JPM mengeluarkan fatwa bahawa kerja sebagai 'pelacur' dibolehkan dalam Islam, sekiranya seseorang itu berada dalam darurat. Maka, menjadi tanggungjawab Adnan perlu mengadakan situasi darurat ini sepanjang masa supaya lebih ramai wanita-wanita di Malaysia menceburi bidang 'pelacuran' ini. Tidak perlu lagi kita mengimport wanita-wanita dari Negara asing. Wanita-wanita tempatan lebih hebat, cantik dan menawan......

mmmmm......?
No Komen........

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....