Terlalu Bijak ????

Seorang guru, Cikgu Murni (bukan nama sebenar - Umur: 22)
menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).
Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
“Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di
darjah 4, kakak saya menduduki
UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat
pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu,
Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua.
Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 4
dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua
dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk
ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap
pencapaian murid2 UPSR dan si
Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu
pengetua memandang Cikgu Murni
dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di
darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata
pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak
saya ajukan pada Abu?”.
Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma
ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak
pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir
dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk
oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”,
bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan,
si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri,
wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum
dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan
berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat
saya untuk saya berdiri.
Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh
Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya
bila awak teringatkan saya.
Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus
meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit
saya akan meleleh. Bila saya
keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di
ajukan oleh Cikgu Murni dan
ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya
akan datang dan masuk
dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa
Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’
that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’
& if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s
longer on some men than on others, the
pope does not use his, and a man gives it to his wife after
they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has
muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan
yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar
murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan
semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies
dengan pengetua yang
mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....