Kenapa saya guna tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab
makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga
merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka
tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan
kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.
Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah
rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan
ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat
diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara
ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang
berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese &
The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi
hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan
membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya
menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke
mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris
yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan
Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda
makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih
bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari
oleh orang lain. Katanya: "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu
sebab saya sendiri yang membasuhnya รข€" bukan orang lain. Sudu dan
garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan
saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya & tidak pernah dipinjam oleh
orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah
menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia
tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas
itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya
jawapan tersebut.... .........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ......... ..

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....