20 TAHUN PALING GEMILANG (1979-1999)

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1979

- Amanah Saham Nasional ditubuhkan
- Pertumbuhan luar biasa hasil eksport - peningkatan hampir 40 % dan ini menandakan hasil kegigihan kerajaan dalam melaksanakan Dasar Perindustrian Negara

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1980

- Malaysia menjadi pengeksport semi-konduktor yang terbesar di dunia
- Malaysia menjadi pengeksport penyaman udara yang ketiga besar di dunia
- Pusat Dagangan Eksport Malaysia dibuka dengan rasminya.

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1981

- Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat
- Dasar Pandang ke Timur dilancarkan
- Masa di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diselaraskan.

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1982

- Amanah Saham Nasional ( ASN ) dilancarkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup kaum bumiputra. Inilah detik permulaan dana amanah terbesar di dunia

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1983

- Konsep Pensyarikatan Malaysia dilancarkan
- Polisi Penswastaan Malaysia dilancarkan
- Projek Kereta Nasional diumumkan
- Bank Islam ( BIBM ) pertama ditubuhkan

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1984

- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-IV diadakan di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh lebih daripada 30 pemerhati luar negara
- Hospital Universiti mencipta sejarah terulung di Asia apabila berjaya merawat jantung 3 pesakit tanpa pembedahan.
- Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1985

- Jambatan Pulau Pinang - Jambatan terpanjang di Asia Tenggara siap dibina
- Kereta Nasional - kereta Proton Saga buat pertama kali mula dikeluarkan dari kilangnya di Shah Alam

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1986

- Persidangan Selatan-Selatan diadakan di Kuala Lumpur .
- Rancangan Malaysia Ke-5 dilancarkan.
- Bilangan kakitangan wanita dalam jabatan kerajaan mencapai 30 %

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1987

- Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden Persidangan Antarabangsa mengenai Penyalahgunaan dan Pengedaran Najis Dadah di Vienna, Austria
- Bahasa Melayu Baku diperkenalkan untuk digunakan di tingkatan satu dan tingkatan peralihan

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1988

- Stesen Satelit Bumi kedua dilancarkan untuk hubungan Malaysia ke dunia luar
- Pengiktirafan antarabangsa terhadap kejayaan Proton Saga

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1989

- Menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-15 dan pelancaran Polisi Sukan Nasional
- Menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel( CHOGM )
- Parti Komunis Malaya menandatangani Perjanjian Damai dengan Kerajaan Malaysia - ini menandakan berakhirnya perjuangan komunis selama 41 tahun

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1990

- Menjadi tuan rumah pertama kepada Persidangan Ketua Kerajaan G-15
- Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Luar Pantai Antarabangsa

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1991

- Wawasan 2020 dilancarkan - terkenal sebagai pelan jangka panjang yang bakal merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju
- Projek JARING dilancarkan
- Rancangan Malaysia Ke-6 dilancarkan

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1992

- Amanah Saham Nasional ( ASN ) mengeluarkan bonus terbesar di dalam sejarah penubuhannya
- Amanah Saham Bumiputera diperkenalkan untuk menggantikan ASN- demi membolehkan kaum Bumiputra yang berpendapatan rendah memiliki pinjaman tanpa faedah RM 5,000
- Malaysia menjadi negara ASEAN yang pertama memperkenalkan petrol tanpa plumbum
- Model Proton Iswara diperkenalkan
- Piala Thomas kembali ke dalam genggaman Malaysia

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1993

- Langkawi International Maritime & Aerospace ( LIMA ) dilancarkan lagi
- Penswastaan Tenaga Nasional Berhad untuk melancarkan lagi kecekapan agihan bekalan kuasa elektrik ke seluruh negara
- Proton Wira -model kedua Nasional dilancarkan
- Program Kontraktor Binaan Bumiputra Berwibawa dilancarkan untuk meningkatkan taraf, mutu kerja dan kemampuan kontraktor Bumiputera
- Proton mengeluarkan sebanyak 120,000 buah kereta - berbanding dengan 8,500 buah kereta dalam tahun 1985, iaitu tahun pertama dilancarkan

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1994

- Stadium Shah Alam - terbesar di rantau ini dibuka
- Kereta Nasional Kedua - Perodua Kancil dilancarkan
- Lebuh Raya Utara-Selatan siap dibina - lebih awal daripada yang dijadualkan

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1995

- Malaysia menuju ke era internet- Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan pertama muncul di dalam internet secara langsung
- Keluaran Negara Kasar meningkat 9.6 %
- Lebuh Raya Utara-Selatan siap dibina - lebih awal daripada yang dijadualkan

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1996

- Rakyat Malaysia berjaya menawan puncak Gunung Everest buat pertama kali
- Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor Raya Multimedia
( MSC )
- Satelit Pertama Malaysia- MEASAT 1 dilancarkan ke angkasa lepas
- Rancangan Malaysia Ke-7 dilancarkan

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1997

- Menara Berkembar Petronas - bangunan tertinggi di dunia siap dibina
- Laluan kedua ke Singapura dibuka
- Sistem Transit Aliran Ringan ( STAR ) mula beroperasi


MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1998

- Menjadi tuan rumah Sukan Komenwel yang terakhir pada abad ini dalam satu upacara gilang-gemilang di Kompleks Sukan Bukit Jalil
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) dibuka
- Persidangan Ketua Negara Asia-Pasific( APEC ) diadakan di Kuala Lumpur
- Majlis Tindakan Ekonomi Negara ( MTEN ) ditubuhkan untuk menangani masalah ekonomi negara
- Projek Usahasama Transit Ringan Automatik ( PUTRA ) memulakan perkhidmatan kereta api transit ringan dari Gombak ke Lebuh Subang
- Kerajaan menolak bantuan IMF. Kawalan Modal Terpilih diperkenalkan untuk memulihkan ekonomi negara

MALAYSIA GEMILANG TAHUN 1999

- Masjid Putra siap dibina di Putrajaya
- Kerajaan Persekutuan berpindah ke Putrajaya
- Kemasukan pelajar ke intitusi pengajian tinggi negara meningkat kepada angka 5 juta
- Datuk Azhar Mansor menjadi orang pertama yang belayar secara berseorangan mengelilingi dunia melalui laluan Timur-Barat
- Malaysia menganjurkan perlumbaan kereta Formula 1 di Litar F1 Sepang - ini adalah penganjuran pertama kali dan telah mempamerkan kemakmuran negara ke hampir 300 juta penduduk dunia
- Malaysia melangkah gagah keluar daripada lingkungan kegawatan ekonomi

Source : http://www.facebook.com/#!/pages/ADA-SESIAPA-YANG-ZAMAN-KANAK-KANAKNYA-DI-TAHUN-80an-AWAL-90an/118058778205796?ref=mf

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....