Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 3



~ Sayang, jangan lah macam tu. Saya tahu saya silap.
saya tahu saya salah. janganlah merajuk macam tu ~


Tiba2 je kan? 

Itulah ayat pertama yg aku hantar melalui SMS pada sesiapa saja yang terlintas di kepala. Guna nombor telefon yang baru aku beli sebentar tadi.

Kakak dan abang aku, rakan-rakan pejabat, rakan-rakan sekolah lama...
Niat aku cuma satu. mahu bergurau dengan mereka. Gila kan aku ni ?

Kebanyakan nya tak layan pun SMS aku. Pasal mereka anggap 'orang ni' tersalah nombor.
Ada juga yang membalas. 


~ siapa ni???~
~ GILA ! ~
~ Awak tersalah nombor ni ~
~ Patutlah awek hang tinggalkan hang. Tak betul rupanya! ~


Aku ketawa sepuas-puasnya. Rasa happy pulak kenakan orang yang aku kenal. Kebanyakannya aku balas balik,   

~ I'm Sorry ~


Tapi... ada satu SMS ni, buat aku ingin mahu terus melayan. 


~ Firstly - Kau tersalah nombor
  Secondly - Aku tak kenal kau
  and Lastly - walau apapun terjadi dalam hidup kita, kita mesti S.A.B.A.R. ~


Uik? Menarik ni. Aku balas.


~ Sayang jangan main2. Saya tau sayang main2. Sayang kat mana ni? ~

~ SALAH NOMBOR!!~


Tanpa meneruskan SMS tu, aku sengaja diam seketika. aku ingin lihat, sejauh mana
si dia ni melayan kerenah aku.

Setelah beberapa jam, aku hantar SMS sekali lagi pada dia...


~ Sorry, saya rasa saya memang salah nombor. Nombor yang saya cari, dah tiada service.
Sorry ye, Bang ! ~




Ye. Aku sengaja guna perkataan 'ABANG'. Bukti yang betul-betul aku tidak mengenali dirinya.



~ CIK lah. It's OK.~
~ Owh. Sorry ye awak ~
~ k ~

********************


SUCI ANIISA - rakan sepejabat aku. Seorang janda anak satu. Anaknya sebaya dengan
anak aku - ZARIFF. Title "J" yang membuatkan dia menjadi popular di pejabat.

Dia ni seorang yang periang, mudah mesra dengan semua orang. Tapi, siapa yang rapat dengan dia, mesti mereka kenal yang dia ni sebenarnya seorang yang BRUTAL a.k.a GARANG. Ada juga rakan-rakan sepejabat lelaki cuba untuk dekati dia. Yang dari pejabat lain juga ramai yang pernah mencuba. Akhirnya, mereka mendapat jawapan yang hampeh.Kesian.

Aku ?? tak lah. Tak berminat pun. Aku dah kenal dia sejak mula masuk kerja. Adalah lebih kurang 5 tahun. Aku anggap dia ni kawan baik aku. Banyak perkara yang kami kongsikan. Cerita tentang family, cerita tenang anak, dan yang terbaru, tentang EX-husband dia.

Dia rajin bercerita tentang Ex-husband nya pada aku. Bagaimana mereka boleh berpisah.. kenapa boleh terjadi semua tu... tapi... hakikat yang sebenarnya, aku hanya meminjamkan telinga sahaja. Tak mampu menasihati. Pada aku, semua tu dah nasib dia. Segala yang terjadi semua dah tertulis. Rezeki dan bahagian masing-masing yang Allah dah tentukan.

Bukan aku tidak simpati. Aku betul-betul simpati.

Tapi aku takut. Takut kalau-kalau rasa simpati itu membuatkan hati aku akan tersangkut. Tambahan lagi, wajah SUCI tu, perwatakan, cara bercakap, memang hampir sangat dengan bekas tunang lama aku – MISYA.


---------------------------   bersambung





Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....