Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 4


Keesokan pagi.

“Bah ! Mama keluar sekejap ye ?”

“ Eh ! Baru pukul berapa ni ? Baru 8 lebih... Awak nak ke mana?”

“ Siti ajak teman. Pegi Nilai 3. Kan hujung tahun ni majlis kahwin dia.”

“ errmm..”

“Abah nak ikut ker? Tapi semua perempuan tau.“

“ Hari ahad macam ni kan bagus duduk rumah.”

“ Ala. Sekejap jer. “

“ Pergi je lah, Puan FIRAH. Zariff ikut skali? “

“ sekejap lagi SOFEA ambil dia. Berjalan lagi ler tu”


Macam ni lah selalu nya. Selalu kena tinggal. Kalau aku yang ajak, susah betul nak pegi.
Zariff tu tak tahu aper. Dia ikut jer. Mama dier tu. Rajin sangat merayap dengan kawan2.
Nak larang pun serba salah.


********************


Jam di dinding baru pukul 10 pagi. Aku sudah mula rasa bosan. Aku masuk bilik, on PC...
“MOVE ! MOVE ! MOVE !” DOTA lah, apa lagi ?  Benda ni lah yang banyak membantu aku bila rasa bosan seorang diri di rumah. 2-3 jam pun tidak bosan melayan.

Dari zaman bujang, hinggalah dahada anak satu. Inilah yang selalu aku buat bila di rumah. Zariff ikut jejak langkah aku agaknya. PS2 mesti on, bila dia duduk sebelah. Kat mana tak tumpah nya kuah, kalau tak ke lantai, ye tak ?


********************


“BHAI ! Nasi lemak ayam .. teh ais kurang manis”
“Wokey! Sorang lagi ka boss?
“yeeee ! Cepat sikit BHAI..”
“ ROGER” - aik?? Mamak ni macam sindir aku jer. Ber-roger2 bagai.. macam dalam DOTA tu.



Entah berapa kali tah, bila hari ahad, aku makan tengahari kat kedai mamak ni.
Kalau hari biasa, FIRAH memang ada masak. Cuma Sabtu- Ahad, rajin dia keluar dengan kawan2.
Ada saja projek yang mereka buat. Tapi tak apa lah. Asalkan tak minta duit aku, sudah.

Eh ! SMS minah tu nak? hehehe

~ Allah menciptakan manusia berpasangan, ada lelaki, ada wanita.
Ada yang comel dan ada yang Hodoh.
Yang comel tulis cerita lawak,
yang hodoh baca lawak.
Kita harus tabah menerimanya.~

1 minit..
5 minit.
10 minit.
Errmmm.. tak ada balasan. Tak pe lah. Marah lah tu. Gerak balik rumah lagi baik.

Setibanya aku di rumah. Aku melabuhkan punggung di sofa panjang. Remote Tv aku pegang. Klik-klik-klik... ermm.. Tak ada cerita menarik lah. Aduh ! Bosan giler !
Arghh..  Lelap sekejap lah..

TITEET ! TITEET !

Sms?

~ MENJADI COMEL tu - bagus, tapi...PERASAN COMEL tu – gila ~
~ dan... yang penting... yang baca lawak awak skrg ni, bukan HODOH .. hahaha ~
~ satu lagi.. mana tau kat sini COMEL ? Hihihi ~

Pergh. Ada respon lah minah ni. Boleh tahan juga si SUCI ni melayan SMS orang yang dia tak kenal. Kalau lah dia tahu aku yang tulis. Mahu setahun dia tak tegur aku.


~ Tak keje ke? ~

Aku cuba masuk jarum. Saja tanya soalan bodoh.


~ kalau time keje, x boleh nak ber msg cik abang oi ~
~ mana tau. Mengular. ~

Time ni, dia diam lagi. Errmm.. biarlah. Slow2 kayuh. Aku nk tengok sejauh mana dia punya gedik melayan sms2 macam ni. Tahu lah nasib dia bila satu hari aku jadikan dia BAHAN nanti. Hehehe.


********************


Assolaatu-khairun-minan-naum !
Assolaatu-khairun-minan-naum !

"Bangun! Bangun ! Ma ? Zariff ? Solat meh !"
“Mama cuti... Tak boleh solat...  jgn kacau... mengantuk niiiihh.... ”
“ermm … pukul berapa lah balik smalam ??”
“syyyyyy...... “


Selimut makin ditarik. Ish, wife aku ni... kalau pasal tidur... ermm....

“Zariff? Nk ikut abah solat? “
“Penatlah Bah.. semalam Auntie Sofea ajak pegi Kota, mandi-mandi...Zariff cuti jugak ye, Bah?”


Banyaklah kamu punya cuti. Siapa yang ajar ni? Anak siapalah ni??



********************


Selesai solat, jam menunjukkan pukul 6.30 pagi... eh! Sekejap!
Kalau dua orang ni tak nak bangun.... apa kata kalau.... hehehe.


~ Bangun ! Bangun ! Subuh ! ~
~ baru nak solat?? Dah pukul brapa dah ni ? ~
~ ingat belum bangun ~
~ dah 'subuh gajah' dah encik abang oi~
~ subuh gajah?? ~
~ ye lah. Subuh last2 minit, subuh gajah la ~
~ owwwhhh ~
~ tq~
~ apa yang tq? ~
~ tq pasal bg tau walaupun lewat ~
~ wc ~


-------------------------------------------------   bersambung






Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....