Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 6

~ Waalaikumsalam ~


Eh, dia ni. Beri salam. Orang dah jawab. Lepas tu diam...?
Dah 5 minit dah ni... Main2 ke apa ni?


~ Ye saya? Ini Kaunter Pertanyaan. Ada apa2 yg boleh saya bantu? ~


Hahaha. Nah Ambik kau !


~ Macam x suka kita msg je..~
~ Suka Kak long... sapa cakap kita x suka? ~
~ nama kita bkn kak long eh ~
~ X pernah bagitau nama, mcm mana kita nk tau.. kn? ~
~ yg sibuk nk tau nama kita.. awk tu siapa? ~


Alamak ! nama... nama.... nama.... Hah !


~ Ok. kita boleh bgtau. Nama kita.... MIKA. Sana lak? ~


Ok kot? Nama kucing aku. Hahaha


~ SUCI. Nama kita SUCI ~


Hah? Biar betul si Suci ni. Guna nama betul? Berani betul dia ni.


~ Wow. unik nama tu ~


UNIK?? UWEEK...! 
Macam nak termuntah pulak. Bukan pasal nama dia tu, tapi jawapan spontan yang aku bagi.


~ Tak lah. Biasa je. Awk. Boleh tnya skit? ~
~ Boleh. Tnya la ~
~ Apa cerita awek awk masa tu? dah dpt pujuk? ~


Alamak. Lupa lak aku pasal tu.


~ Entah lah. Saya pun dah lost contact. Tak tau dia kat mana ~
~ Sabar eh? ~
~ Dah nasib saya, wak. Kwn dgn pompuan, semua sama. Semua lari ~


Ceh Wah! Pandai tak aku berlakon?


~ x semua pompuan mcm tu la ~
~ Memang x semua. Tp kebanyakkannya. Ikut pengalaman, wak. ~
~ ye ker? ~
~ Eleh. Awk pun mcm tu kn?~


Masa untuk panas-panas kn dia. Saja nak uji sejauh mana kebijaksanaan si Suci ni.


~ kalau ikut PENGALAMAN saya, lelaki yg selalu mcm tu. Lebih2 lg kalau dpt yg lebih baik. Terus angkat kaki. ~
~ Aik? lain mcm jer bunyi nyer? ~
~ Ikut pengalaman ~
~ tak semua lelaki mcm tu ~
~ hehehe. Tiru nampaknya. ~


Sedang asyik ber-Sms, tiba-tiba bunyi pintu pagar di luar. Opss. Firah dah balik.Kereta Sofea masih lagi menunggu kakaknya sehingga masuk ke dalam rumah. Hubungan mereka sebenarnya rapat. Kerana itulah mereka selalu berjumpa.

Aku bergegas pergi mendapatkan Zarif. Aku tahu, kalau time macam ni, mesti Zariff tertidur
di seat belakang. Phone tadi aku letak tepi. Tak pe lah. Biar Si Suci tunggu.


" Abah dah makan?"
" Belum "
" Alahai. Lupa lak nak tanya. kalau tak, boleh Mama tapau kn.."
" tak pe. Tak lah lapar sangat... Mama pergi lah masuk tidur dulu. Nanti abah masuk"
" ok "


Firah terus melangkah ke bilik, dan aku meletakkan Zariff di katil biliknya. Mengantuk sangat
agaknya bujang aku ni.


TITEET-TITEET


Alamak. Lupa nak silent mode.


~ Awak ? ~
~ Sorry. Td ke tandas. eh! x ngantuk ke? Dah 11 dah. Esok keje? ~


Kan? Soalan bodoh lagi aku tanya. Esok Selasa kot...


~ Belum ngantuk lagi. Esok keje la. Belum rasa nk MC lg ~


Eh! Melawak pulak dia ni.


~ Suci.. Lupa nk tanya. Awak ni CIK ker PUAN ? ~


Hahaha. Entah apa tah aku tanya. Tak ada idea sebenarnya.


~ Kalau PUAN, awak ingat kita boleh ber-sms macam ni ke?~
~ Tak la. Takut jugak. Kalau PUAN mmg saya stop sampai sini je.~
~ EX-PUAN ~
~ UH? Tak paham ~


Aku buat-buat tak paham. Dia nak reveal kn status dia pada aku. Aduyai Suci.. Kenapa lah cepat sangat kau nak dedahkan siapa kau pada orang lain. Aku kena nasihatkan dia ni satu hari nanti. Salah satu sifat dia yang aku risau. Terlalu JUJUR. Risau aku sebagai seorang sahabat. Risau kalau-kalau dia tersalah pilih pasangan. Orang itu pastinya akan ambil kesempatan terhadap kejujuran dia.


~ Saya ni Jandalah, wak. Janda anak satu.~
~ Owh. ok. ~


Itu jer yang aku mampu jawab. Perasaan risau aku masih dalam diri.


~ Saya tak kisah kalau awak x nak kwn saya lg. Saya sedar siapa saya. Pasal sebelum ni pun, sebut saja Janda anak satu, ramai yang x nk kawan. ramai yg takut.. Takut dgn tanggungjawab besar agaknya ~


eh ! sampai ke situ pulak si suci ni. Apahal pulak ni?? Datang bulan ke?
Belum sempat aku balas sms tu, dia send lagi...


~ dah lah ye? Assalamualakum ~


Ish minah ni.. Terlebih emo pulak. Macam mana nak buat ni? Apa aku nak tulis?

Aku buat keputusan untuk biarkan dulu. Biar dia tenang dulu. Aku tiba-tiba rasa kesian sangat pada dia. Bila dia luahkan kata-kata tadi. Kata-kata luahan yang mungkin datang dari lubuk hati dia. Luahan dari seorang yang ber-title seperti dia.


-------------------------------  bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....