Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 11


Malam tu, sekali lagi aku tak boleh nak tidur. Jantung bergegup betul2 laju. Tolong lah. Tak mungkin aku pun dah 'jatuh' kat minah tu? Aku main-main lah...
Tapi.. Mungkin ke? Pasal aku rasa sekarang ni, memang betul lah... aku dah mula ambil berat pada dia, pada keluarga dia, makan-minum dia, aku risau kalau dia pergi-balik kerja naik bas, aku tak senang duduk kalau dia demam, aku cemburu bila ada rakan ofis lelaki yang lain bergurau mesra dengan dia....  macam ni ke namanya tangkap cintan dengan dia ?
Tak ! tak boleh ! yang Suci suka tu - MIKA.. bukan AKIM. Kau dah terlalu banyak salah faham, Kim. Dah terpesong jauh sangat dah ni. Aku kena berhentikan semua ni.. Dia kawan kau kot?
************************

TITEET ! TITEET !

~ En Mika. Bgn. Bgn. Solat ~

~ Ye.Ye. Dah bgn dah. Awalnya ari ni. Baru 5.30 kot? ~

~ Bangun awal. mandi. Sunat tau ~ 

~ Sejuklah ~

~ at least tak lah busuk ~

~ eh! dia yang busuk. dah. saya nk bgn. jom jemaah ~

~ x nk. belum sah. ~
Erkk?? CLUE ke tu ?

**********************

Dah banyak kali dah Si Suci ni bagi clue. Si Mika melayankan karenah dia. Aku kalau boleh tak naklah biar dia seorang saja beri "clue-clue" tu. Kesian dia. Dalam masa yang sama, aku tak nak dia berharap pada Mika. Kalaulah dia tahu aku ni Mika, pasti hati dia berkecai, bak sebiji mentol yang kena campak ke bawah dari tingkat 10.
Kalaulah aku reveal satu hari nanti, aku tak pasti dia akan maafkan aku, atau membenci aku seumur hidup dia. Atau dia akan bercerita tentang keburukan aku pada semua orang. Atau buat satu laporan penuh kepada wife aku, FIRAH.


GOOOOOOOOOLLL !!

" wei Akim !! bolos lagi ??"

" dah 3 bijik dah wei !! nak main tak nak main ?? "

" Main ler betul-betul ! termenung je ! Lu apahal der ??! "

Taufik dan kawan-kawannya marahkan aku. Aku dah banyak kali buat silap ni dalam game ni. Goalkeeper apa ni? Berangan tak habis-habis. Ni semua Suci lah punya hal. Eh! Kau yang salah diri sendiri, Kim. Apa pula salahkan dia.

" Sorry ! Sorry! Ok.. aku main betul2 ! Sorry geng ! "

" Der. Kau ok ke ni ? "  - Taufik tegur aku

" OK... sorry beb. aku wat betul2 "

" Kau nk tukar tak? kau lepak tepi dulu "

" aku ok.. jom teruskan "


Sebenarnya sudah banyak kali aku mengelamun macam ni. Kadang-kadang tu kat ofis. Kerja-kerja banyak tertangguh. Banyak jugak yang silap. Tapi lebih teruk bila aku sedang drive. Sehinggakan kereta hon tanda marah pada aku. Apa dah kena dengan aku ni?
Selepas tamat perlawanan, aku bersiap-siap nak balik. Budak-budak lain menyalahkan aku kerana kalah teruk dah terlepas 'duit taruhan'. Eleh! Dah nama pun Pertandingan. Mesti sds menang, ada kalah. Kerjasama pasukan bukan ke penting? Bukan salah aku sorang je . Lagipun, yang diorang pun tak nak score, siapa suruh? ye tak ?


" Dah, der. Kalah menang biasa le. " - Taufik tepuk aku dari belakang.

" Sorry beb. Pasal aku korang kalah "

" eh! tak per, der.. rileks. Tahun depan kita cuba lagi "

" aku tak join lagi kot "

" ni la orang kita... cepat sangat mengalah ! Ni bukan Akim yang aku kenal !"

" Tengok la dulu. Dah lah Fik. Aku blah dulu. "

" Tak nak tunggu sampai habis ker ? "

" Tak per la. Ada hal. Ok, Fik? Chalow ! "

" Alrite "


**************************



" Abah ! Abah ! Tadi Zariff dapat nombor satu lumba lari kat sekolah. " - Zariff

" Wah ! Tahniah ! Kuat lari eh? " - Aku

" Mestilah. Anak Mama kan? " - Firah


" Eh ! anak abah la " - Zariff

" Anak Mama " - Firah

" Anak Abah " - Zariff

" Zariff tak sayang mama ke? " - Firah

" Mama selalu keluar, tak nak ajak Zariff. Abah selalu ada rumah. " - Zariff

" Dah ! Dah ! Zariff anak abah ngan mama. ok? hehe " - Aku

" Anak abah ! Buweekk ! " - Ejek Zariff pada mama dia

" Dah. Abah nak mandi. lepas tu kita keluar gi McD eh? Dah lama abah tak makan Ayam Tandoori "

" YEYYYY ! Jom mama !" - Zariff

" Malas! tak nak geng !" - kata Firah, sambil menuju ke dapur.

Merajuk ler tu. Ermm.. berdua lagi dengan Zariff la jawabnya.

--------------------------   bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....