Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 19

Sekarang, bila Suci ada sebelah aku, aku jadi speechless. Tak tau nak cakap apa. Aku takut kalau aku buka mulut, dia akan marah dan terus membenci aku sampai bila-bila. 

" kita makan dulu? " aku menyapa.

Tapi dia masih lagi diam. Tangan masih lagi membelek-belek handphone.

" Suci... kita makan eh? Tadi pun kau tak sarapan lagi kn? Karang masuk angin kang..? "

Krik..krik.. masih lagi diam.

Aku tak peduli. Setibanya di RnR, aku memakir kereta. Aku matikan enjin, keluar... dan terus buka pintu Suci. Tanpa sepatah kata, dia turun dan mengikuti aku.
Kami duduk di salah satu bangku sebelah hujung cermin.

" so... nak makan aper ni ? "

Krik..krik..

" Suci.. tolong la.. jangan la wat aku macam ni... "

" apa2 je la " matanya masih memandang keluar.

" ok.. aku ambik, kau jangan tak makan eh.. kang sakit.. risau lak aku.. "

Dia menjeling. Tak de langsung senyuman kat bibir dia. Pening aku.
Errmm.. habis gak dia makan. Lapar agaknya. Kesian aku tengok. Mata dia masih lagi memerhatikan gerak-geri orang lalu lalang.

" Suci. Dah? Jom... "

Masih lagi diam.. san mengikut saja kemahuan aku. Betul-betul marah ni. Dah macam dating dengan orang bisu dah. Eh. Dating ker?? Ermmm.. ni dating secara paksa nih...! Kejam betul.
Sampai ke parkir kereta, aku tak terus masuk. Aku ajak dia duduk di gazebo betul-betul depan kereta aku. Dia menurut.

" Suci... kau jangan la buat aku macam ni. Say something. "

" nak cakap apa? Kau dah menang. Puas la hati kau kan??! "

Menang?? Aper ni??
Kali ni giliran aku lak terdiam seribu bahasa. Mulut ni rasa terkunci.

" dia diam pulak. Tadi sibuk sangat suruh orang cakap "

" aku minta maaf banyak2 pada kau. Aku tahu.. zalim aku wat macam ni pada kau.. tanpa kerelaan kau.. aku nak kau paham... "

" Apa pun alasan kau, benda dah jadi la, Kim. " kata Suci, sambil memperbetulkan duduknya. Dia sambung lagi...
" Tapi aku akan ingat sampai bila-bila benda ni "

Aku tak kata apa masa tu. Suci kata lagi..

" aku tak sangka, Akim yang aku kenal, boleh bodoh2 kn aku macam ni.. sanggup jadi orang lain untuk tau rahsia hidup aku! "

" Wei... Aku tak de niat sampai macam tu sekali la "

" ker... atau kau memang suka kat aku ? "

Aduyai. Tak paham lagi rupanya dia ni. Aku suka kat dia dah separuh mati dah ni. Cuma aku belum ada keberanian nak berterus terang. Kalau lah kau tahu apa dalam hati aku ni, Suci... kau mesti paham kenapa aku buat macam tu.

" sekarang ni. Aku tak tahu dah nak tempuh hari2 kat ofis tu, ngadap muka kau... "

" Benci sangat kau ngan aku eh Suci..? "

" kau paham tak, Kim.. aku malu ngan kawan2 ofis... malu ngan semua orang.. malu ngan kau! "

" apa yang kau cakap ni? "

" kita kawan la Kim.. kau la kawan lelaki yang paling aku rapat.. yang paling aku percaya.. gurau2 aku pada kau sebelum ni... mesra2 kita ... aku tak kisah pun.. "

Masa ni, air mata Suci memang tak dapat dibendung lagi. Dia menangis teresak-esak. Sesekali aku perhatikan juga sekeliling.. orang-orang yang lalu lalang menjeling kami. Ada yang tersenyum, ada yang geleng kepala. Aduh. Malunya...

" Tapi.. bila kau dah wat aku macam ni... aku dah jadi takut ngan kau "

Aku hanya mampu memandang lantai gazebo ni. Aku memang tak boleh nak jawab apa. Salah aku. Kalau aku sukakan dia, sayangkan dia, tak patut aku buat perkara-perkara bodoh macam ni pada dia.

" Dah la ! Hantar aku balik... "

Suci mencapai handbag, bangun dan terus menuju ke kereta. Aku masih terpaku kat sini.

" Cepat la ! Dah kul braper dah ni?? "

Berat aku nak bangun. Langkah longlai menuju ke kereta. Kepala aku berserabut. Tak boleh nak fikir apa.

Dalam perjalanan menuju ke kampung Suci, kami berdua masih lagi berdiam diri. Tak sepatah pun ungkapan yang keluar dari mulut kami. Sampai sahaja di kawasan pekan kecil sebelum masuk ke kampung, Suci arahkan aku menurunkan dia di bus stop di situ.

" Aku hantar sampai rumah ayah kau la.. kenapa nak turun kat sini "

" Tak per. Aku dah suruh adik aku datang ambik. "

Aku akur.



Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....