Mini Novella : SUCI - Cinta Roadblock - part 12

TITEET ! TITEET !


~ Assalamualaikum ~    - Suci

~ Waalaikumsalam. Kat mana ni ? ~


~ Kat rumah. Awak ? ~


~ Kat luar. tengah makan. jemput ~


~ Untung la. Awak. Tadi pagi awak ckp ari ni ada lawan futsal kn? Mcm maner? Menang? ~ 
~ Kalah ~
~ x main betul2. memang la kalah. hihi ~ 
~ Mana x nyer.. asyik ingat awak je ~ 


Jahat ke aku kalau bagi message macam tu ?
Aku dah fikir masak-masak. Aku kesian sangat dengan Suci. Aku nak dia happy. Walaupun buat sementara waktu. Banyak sangat masalah dia tu. Di kampung dia pun ada masalah dengan keluarga dia.

Kadang-kadang kat ofis dia banyak termenung sebelum ni. Mungkin juga ada kaitan dengan Ex dia. Aku tak pernah nak campur urusan peribadi dia. Tapi yang aku perhatikan, dia nampak berbeza dan lebih happy sejak berkawan dengan Mika.

 Mungkin jika aku ceritakan pada sesiapa, pastinya mereka akan marah pada aku. Pasti mereka suruh aku terus jangan ganggu Suci. Aku dah cuba ! Bukan tak pernah cuba.Sebenarnya aku boleh je, terus tak contact dia. Terus hilang macam tu jer. Penyelesaian mudah ye tak ?


************************

( flashback sikit )
 
 Tapi pernah aku cuba tak message dia 3 hari. aku bagi alasan aku luar kawasan kerana outstation dan tiada roaming kat kawasan tu. Hari2 dia kejutkan aku time subuh... tanya aku dah makan ke belum.. tanya khabar... Walaupun dia tahu jika tiada roaming, aku tak mungkin boleh baca message tu. Dan kononnya, bila aku dah 'balik JB', aku baru boleh reply semua.

Aku tanya dia ....

 ~ kenapa ni? rindu eh ? ~
~ Eh ! pls la... ~   
~ Tengok tu. Tak mengaku pulak. Malu eh? Hehe. ~
~ Taklah. saja. Bila balik? ~
~ Baru je. Awak sihat? ~
~ Sihat sangat. ~


Kami ber- message lama jugak malam tu. Aku yang bertopengkan Mika, ada la rasa rindu nak berbual dengan dia lama-lama macam ni. Suci pula nampak macam tak nak 'lepaskan' Mika.

~ Awak. Awak mengantuk tak ? ~ Suci bertanya
~ tak lah. naper? awak ngantuk ? ~
~ tak. kalau ngantuk cakap eh? saya nak bual lagi ngan awak ~

Ermmm.. meremang bulu roma aku baca dia tulis macam tu. Nampak sangat dia rindu dengan Mika. Bukan Akim ye... M-I-K-A.


*******************


Sekarang ni lain pula. Lepas aku bagi message, dia menyepikan diri. Aku rasa bersalah sangat pasal mulakan 'benda' tu. Aku rasa tak sedap hati. Aku message lagi...

~ awak ? kenapa ni ? awak marah ke ? ~ 


Masih tak berjawab. Memang sah dia marah. Atau dia takut? Takut aku ungkapkan perkara itu? Tapi kenapa? Kalau marah, atau takut sekalipun, kenapa dia sendiri yang beri 'clue-clue' sebelum ni ? Aku ke yang salah faham ?  Perasan ke aku ni ?  Sedangkan aku memang tak nak semua ni berlanjutan. Secara tak langsung aku yang terperangkap dengan tindakan aku sendiri.


Biarlah. Kalau dia nak putuskan semua ni, aku tak kisah pun. Tak jadi hal lah ! Aku pun tujuan asal aku main-main je kn ? So ? Apa nak risau ? Biarkan jer minah tu meroyan.



-------------------------------  bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Citer blue ?? yer ker ???

Makna Di Sebalik E-Mail Addr....